• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kerusi Mudah Alih Rolls-Royce Ini Berharga RM35k!

Kerusi Mudah Alih Rolls-Royce Ini Berharga RM35k!

December 8, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN lama sangat tenung benda ini. Ya, anda memang tidak tersilap baca. Ini memang kerusi dan walaupun berkaki satu, tetapi selepas baca butiran diberikan, barulah faham apa fungsinya.

Apa yang membuatkan kerusi 'Pursuit Seat' ini istimewa adalah aksesori ini dicipta divisyen rekabentuk Rolls-Royce, Bespoke Collective yang berpangkalan di Goodwood, West Sussex, England. Apa fungsi kerusi ini?

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls Royce Cullinan Black Badge di Malaysia, Harga Mula RM1.7 juta!

Pursuit Seat ialah aksesori terbaharu yang direka khas buat pemilik Rolls-Royce.  Ia sesuai dijadikan lapik punggung ketika melakukan aktiviti luar seperti menerbangkan dron, melukis atau bersantai sambil menikmati pemandangan.

Sama seperti kenderaan Rolls-Royce, Pursuit Seat direka menggunakan bahan terbaik dengan ketepatan dan kemahiran tinggi. Sokongan utama kerusi ini dibuat daripada material gentian karbon dan aluminium gilap (polished aluminium) dengan nisbah kekuatan kepada berat yang optimum.

Ketinggian kerusi boleh dilaraskan sepenuhnya dan dihasilkan untuk kualiti keselesaan terbaik selain menawarkan fungsi praktikal. Sebagai contoh, poket pada kerusi membolehkan pemilik menyimpan barangan kecil seperti tiket dan lain-lain. Contoh lain, ada lampu suluh kecil dengan logo 'RR' disimpan pada kerusi dan boleh diguna apabila diperlukan.

BACA >>> Raja Dikritik Sebab Beli Rolls-Royce dan BMW untuk 14 Isteri

Pemilik boleh memilih pelbagai warna atau samakan dengan ruang kabin kereta Rolls-Royce. Dari segi sokongan, ada muncung tajam yang boleh digunakan untuk memacak dan menahan kerusi atas permukaan rumput atau tanah lembut.

Rolls-Royce Pursuit Seat.03
Rolls-Royce Pursuit Seat.05

Saiz Pursuit Seat yang kompak berserta bekas kulit memudahkan kerusi ini disimpan dalam kereta Rolls-Royce. Harga jualan bermula £6,581 (RM35,740), tidak termasuk cukai tempatan.

BACA >>> Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Rolls-Royce Pursuit Seat.08
Rolls-Royce Pursuit Seat.05
Rolls-Royce Pursuit Seat.03
Rolls-Royce Pursuit Seat.01
Rolls-Royce Pursuit Seat.02
Rolls-Royce Pursuit Seat.04
Rolls-Royce Pursuit Seat.06
Rolls-Royce Pursuit Seat.07
Rolls-Royce Pursuit Seat.09
60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bespoke Collective, Kerusi Rolls Royce, Pursuit Seat, Rolls-Royce, Rolls-Royce Pursuit Seat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my