Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Fakta Pantas: Rolls Royce Cullinan Black Badge di Malaysia, Harga Mula RM1.7 juta!
Auto Terkini

10 Fakta Pantas: Rolls Royce Cullinan Black Badge di Malaysia, Harga Mula RM1.7 juta!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROLLS Royce Motor Cars melakukan debut edisi Black Badge pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2016. menerusi model Wraith dan Ghost sebelum disusuli Dawn setahun kemudian (2017).

Tahun ini, Rolls Royce menambah famili baharu Black Badge yang kali ini diperkenalkan pada Cullinan.

BACA >>> Rolls Royce Ghost KoChaMongKol – Hanya 1 Unit Di Dunia

Pengarah Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid berkata semakin ramai pelanggan Rolls-Royce terdiri daripada golongan muda yang gemarkan cabaran lasak. Jadi Rolls-Royce memutuskan memberikan penampilan yang lebih segar untuk rangkaian produk Black Badge 2020 dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Berikut 10 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Cullinan Black Badge (2020):

1. Pelanggan boleh memilih 44,000 pilihan cat sedia ada. Dijangka ramai akan memilih warna Black (hitam), iaitu warna signatur untuk Black Badge.

2. Ekspresi paling penting Black Badge terletak pada bahagian depan. Maskot The Spirit of Ecstasy disadur krom hitam berkilat. Buat kali pertama kemasan ini dipakai juga pada mounting plat yang menghasilkan Black Badge legam.

3. Transformasi ini turut digunakan pada simbol lain Black Badge. Lencana ‘Double R’ perak pada bonet tampak menyerlah atas permukaan hitam yang memberikan efek timbul-tenggelam. Gril depan, hendal but, kemasan but, corong udara bawah dan paip ekzos juga digelapkan. Namun bar gril menegak kekal disadur krom berkilat.

4. Ciri dramatik diserlahkan dengan rim aloi 22 inci eksklusif baharu, khas untuk Cullinan Black Badge sahaja. Rekaan hitam berkilat ini dipadankan dengan kaliper brek merah.

5. Perapian perincian Black Badge pada kabin boleh dilihat menerusi ilham rekabentuk karya agung urban yang mana kemasan gentian karbon tenunan terbuka dihasilkan untuk membentuk geometri ulangan yang sangat tepat dengan efek tiga dimensi (3D) jelas.

BACA >>> Rolls Royce Bawa Raja George VI, Winston Churchill dan Presiden Eisenhower Dijual Lebih RM1 Juta

6. Penampilan rekaan signatur pelapik bumbung Rolls-Royce, Starlight Headliner (bumbung dengan grafik bintang kecil) dalam Cullinan Black Badge menciptakan ambien istimewa dalam kabin. Kemasan bumbung kulit hitam dipadankan 1,344 cahaya optik gentian sulaman tangan yang memberikan efek pemandangan langit malam dengan bintang. Lebih istimewa, lapan bintang meteor dapat dilihat melintas secara rawak.

7. Berdasarkan falsafah Bespoke, Cullinan Black Badge menggunakan palet warna kabin dengan konfigurasi pilihan warna yang hampir tiada batasan. Pelanggan Black Badge sentiasa menggunakan ruang dalaman sebagai pentas menghasilkan rekaan corak warna-warni dengan kontras dramatik, maka pereka Warna dan Trim  Rolls-Royce Cullinan mencipta warna kulit baharu serba berani, Forge Yellow sebagai sebahagian koleksi  jenama ini.

8. Sentuhan terakhir melengkapkan aura mewah kabin adalah sulaman motif Lemniskat Infiniti pada perehat lengan belakang. Simbol ringkas itu turut digunakan pada treadplate iluminasi dan jam.

9. Enjin V12 Twin Turbo kini menjana tambahan kuasa 29hp menjadikan 600hp, dan tork 900Nm, bertambah +50Nm, manakala kotak gear ZF 8-kelajuan.

10. Cullinan Black Badge kini boleh ditempah pada harga bermula RM1.7 juta.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British
BACA >>> Toyota Bikin SUV Subkompak Baharu, Lebih Kecil daripada C-HR, Guna Platform Yaris

GALERI

 

Anas Zawawi Khalid Roda4 Rolls-Royce Rolls-Royce Black Badge Rolls-Royce Black Badge Cullinan Rolls-Royce Cullinan SUV mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.