Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k
Roda4

Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto Performance (SDAP) buat kali pertama melancarkan kereta sport elektrik Porsche Taycan (2020)  dalam tiga varian di Porshe Centre, Ara Damansara, terdiri daripada:

  • Porsche Taycan Turbo 4S
  • Porsche Taycan Turbo
  • Porsche Taycan Turbo S

BACA >>> Pesawat Guna Enjin Porsche 911 Mahu Jual di Facebook, Harga RM442k!

TIGA VARIAN, PRESTASI BERBEZA

1. Porche Taycan 4S

Taycan4S dipacu pek bateri litium-ion 79.2kWh dan motor elektrik berkapasiti 225kWj berkuasa 429hp (435ps) dan tork 640Nm. Jika mengaktifkan fungsi penggalak lampau (overboost), model sport ini mampu mencapai kuasa 523hp (530ps). Pecutan 0-100kmj sepantas 4 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

Model ini juga ditawarkan opsyen pel Performance Battery Plus (PBP) kepada mereka yang mahukan ekstra kuasa hingga 483hp (490ps) dan tork 650Nm (overboost: 563hp).

Jarak perbatuan mengikut rating Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) ialah 408km untuk cas penuh. Pek naik taraf PBP pula menggunakan bateri litium-ion 934.kWh dengan jarak perbatuan WLTP dilanjutkan hingga 464km.

2. Porsche Taycan Turbo

Taycan Turbo dipacu pek bateri litium-ion 93.4kWh dan motor elektrik berkapasiti 270kWj berkuasa 617hp (625ps) dan tork 850Nm dengan overboost 670hp (680ps). Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum 260kmj. Jarak perbatuan WLTP ialah 452km.

3. Porsche Taycan Turbo S

Taycan Turbo S dipacu pek bateri litium-ion 93.4kWh dan motor elektrik 270kWj berkuasa 616hp (625ps) dan tork 1,050Nm dengan overboost 750hp (761ps). Pecutan 0-100kmj sepantas 2.8saat, manakala kelajuan maksimum 260kmj, sama seperti Taycan Turbo. Jarak perbatuan WLTP ialah 416km.

HARGA BERMULA RM725k

Berikut harga Taycan elektrik yang berbeza mengikut varian untuk pasaran Malaysia:

  • Taycan 4S – RM725,000
  • Taycan Turbo – RM999,000
  • Taycan Turbo S – RM1,195,000

Harga adalah atas jalan (OTR) tanpa insuran. Harga untuk pakej BPP akan diumumkan kemudian. Penghantaran akan bermula pada suku pertama 2021.

Semua varian dipakejkan dengan waranti 4 tahun (boleh lanjut hingga 15 tahun) dan program penyenggaraan, bersama waranti bateri 8 tahun.

PEMANDUAN SPORTY, KOMPONEN ARAS TINGGI

Taycan dilengkapkan ciri pemanduan sporty yang disokong pengendalian selesa. Berikut beberapa ciri penting yang ada pada Tauycan:

  • Semua varian mendapat suspensi udara adaptif dengan spring udara 3-kamber, Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (PASM), dan Pengurusan Traksi Prosche (PTM).
  • Taycan 4S memiliki rim 19 inci, manakala sistem brek jenis cakera besi tuang 360mm dan kaliper 6-piston di depan, dan cakera 358mm dan kaliper 4-piston di belakang.
  • Taycan Turbo mendapat rim 20 inci dan sistem Porsche Surface Coated Brake (PSCB) dengan cakera besi disadur tungsten karbida (tungsten carbide-coated) 415mm di depan dan 365mm di belakang yang diapit kaliper perak 10- dan 4-piston.
  • Taycan Turbo S dipasangkan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB)  dinaik taraf, iaitu brek cakera seramik 420mm di depan dan 410mm di belakang, termasuk kaliper kuning 10- dan 4-piston.
  • Sistem brek bekerja dengan pemulihan tenaga untuk memulihkan jarak pemanduan, tetapi bateri masih perlu dicas penuh.
  • Ini bermakna, pemilik perlu menghidupkan kereta dengan sambungan Type 2 dan pengecas 11kW. Sebagai makluman, Taycan memiliki dua port mengecas. Sebelah pemandu ialah Type 2, manakala port bertentangan CCS Combo 2.
  • Taycan versi Malaysia didatangkan dalam tetapan pacuan semua roda (AWD) dengan motor elektrik pada setiap gandar. Motor depan mendapat transmisi kelajuan tunggal, manakala belakang 2-kelajuan.
  • Dengan pengecasan arus terus (DC), model Taycan dengan bateri kapasiti kecil (Taycan 4S) memerlukan tempoh mengecas 8 jam untuk isian 0-100 peratus, manakala pek 93.4kWh mengambil masa 9 jam.
  • Taycan turut menyokong pengecasan DC hingga 290kW dengan sambungan CCS Combo 2 yang terhad untuk varian Turbo dan Turbo S, manakala 4S menyokong DC 225kW.
  • Pengecasan pantas mengambil masa 93 minit daripada 5-80 peratus, atau 28-31 minit untuk mendapat jarak perbatuan 100km apabila menggunakan pengecas 50kW.
  • Masa mengecas dapat disingkatkan lagi jika menggunakan pengecas 270kW yang lebih berkuasa, iaitu 22.5 minit untuk 5-80 peratus, atau 5-5.5 minit untuk jarak perbatuan 100km.

Di manakah boleh dapatkan pengecas yang sesuai? Jangan risau kerana SDAP akan menyediakan pengecas Porsche Mobile Charger Plus (pengecasan AC 22kW) dengan memastikan ia bersesuaian dengan sistem elektrik rumah.

Bagi pengecasan pantas, SDAP menyediakan pengecas DC 175kW di semua Porsche Centres di Malaysia yang mampu mengecas penuh sepantas 36 minit, dan percuma untuk pemilik Taycan.

SISTEM KESELAMATAN LENGKAP

Porsche turut melengkapkan Taycan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif, terdiri daripada:

  • Dilengkapkan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang berfungsi melaraskan jarak dengan kenderaan depan secara automatik.
  • Sistem Susur Lorong Aktif (Active Lane Keeping, ALK) memastikan kenderaan kekal dalam laluan betul.
  • Sistem pembantu jalan jika mahu menukar lorong, boleh menggunakan teknologi pandang malam NighVision Assist untuk membantu melihat situasi gelap dan titik buta.
  • Kunci kereta mampu mengecam pemilik kereta ketika menghidupkan enjin.
  • Sistem kamera 360º membantu memantau situasi sekeliling kereta.

LUARAN SPORT AGRESIF, DALAMAN ILHAM 911 KLASIK

Pesaing kepada model Tesla ini menampilkan rekabentuk ikonik Porsche yang sporty. Setiap varian menampilkan gaya tersendiri. Taycan Turbo S memiliki kemasan karbon pada sil pintu, skirt sisi dan difuser belakang yang juga ada pada Taycan 4S.

Lampu depan matriks LED dengan teknologi Porsche Dynamic Lights System (PDLS) Plus didatangkan standard untuk Taycan Turbo S dan Taycan Turbo, manakala  Taycan 4S menggunakan lampu depan LED, termasuk PDLS Plus.

BACA >>> 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

* Dalaman Taycan Turbo S

Tycan mengambil ilham papan pemuka 911 (1961). Kluster instrumen lengkung 16.9 inci yang berdiri bebas membentuk titik tertinggi di papan pemuka, manakala pusat, paparan infotainment 10.9 inci dan paparan penumpang pilihan digabungkan untuk membentuk jalur kaca bersepadu dalam panel hitam.

‘Garaj kaki’ pada lubang dalam bateri di kaki belakang bagi memastikan keselesaan penumpang belakang dengan mengekalkan profil rendah kereta.

Keseluruhan bahagian dalaman bebas kulit dipasang sebagai standard untuk Taycan Turbo S dan Taycan Turbo, dan pilihan untuk Taycan 4S. Bahagian dalaman dibuat daripada bahan kitar semula inovatif yang menunjukkan konsep kereta sport elektrik menarik.

Maklumat lebih lanjut boleh layari Porsche Malaysia.

BACA >>> Lotus Bakal Perkenal Kereta Sport Mampu Milik Hujung 2020, Harga RM296k

GALERI
Porsche Taycan Turbo S
Porsche Taycan Turbo
Porsche Taycan Turbo 4S
Auto Terkini kereta elektrik Kereta EV Kereta Sport Porsche Porsche Taycan 4S Porsche Taycan Electric Porsche Taycan Turbo Porsche Taycan Turbo S Roda4 Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.