• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Bakal Perkenal Kereta Sport Mampu Milik

Lotus Bakal Perkenal Kereta Sport Mampu Milik

April 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI mana kita tahu, DRB-Hicom yang juga pemilik Proton Holdings, melepaskan Lotus kepada Geely dan pengeluar itu tidak lagi menjadi keutamaan pemindahan teknologi kerana beban kewangan tidak mewajarkan Proton untuk menanggung liabiliti besar.

Selepas hampir empat tahun bertukar pemilik baharu tanpa sebarang projek besar, Lotus kini mengesahkan akan memperkenalkan kereta sport aras mula serba baharu yang boleh dipandu secara harian, penghujung tahun ini.

BACA >>> Lotus Evora GT410 yang Murah dan Ekstra Selesa untuk Dipandu Hari-Hari

phil-popham-ceo-lotus
Lotus Evija
Lotus Evija

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus, Phil Popham berkata, nama model tersebut masih belum didedahkan, tetapi anggaran harga adalah antara £55,000 (RM296,480) dan £100,000 (RM539,050).

Malah model baharu itu menawarkan ruangan kabin luas yang sesuai untuk kegunaan harian. Rekabentuk kereta sport itu khabarnya mengambil ilham gaya hypercar elektrik, Evija dan akan dibangunkan di Kilang Lotus Hethel.

Lotus merancang mendedahkan model berkenaan pada penghujung tahun ini. Pelancaran model sport baru itu dijangka menambah sasaran jualan daripada kalangan pemandu biasa. Menurut Lotus, pengeluar itu merancang meningkatkan jualan daripada 1,600 unit setahun kepada kira-kira 5,000 unit setahun, menyamai had pengeluaran tahunan Kilang Lotus Hethel.

lotus-evija-2019
evija_front_wing_detail

"Fokus kami sekarang adalah kereta sport, tetapi kami berpendapat jenama ini berpotensi beralih ke segmen lain. Dan Geely mempunyai kepakaran dalam bidang seperti elektrik dan pemanduan autonomi,” kata Popham.

Tentunya bantuan aliran tunai kukuh daripada Geely membolehkan Lotus mengeluarkan 130 unit Evija. Model hypercar itu dikatakan mampu memecut setanding Bugatti Chiron dengan angka kuasa 2,010hp dan tork 1,700Nm, manakala pecutan maksimum 320kmj.

Sekali isian cas penuh, Evija mampu pergi sejauh 400km dan hanya mengambil masa 18 minit untuk mengecas.

BACA >>> Lotus Bakal Keluarkan Hypercar Elektrik Harga RM10 juta?

* Foto dalam artikel: Lotus Evija 

GALERI
Lotus Evija
Lotus Evija
Lotus Evija_1
Lotus Evija_5
Lotus Evija_3
evija_interior-2
evija_front_wing_detail
evija_screen
lotus-evija-2019

SUMBER: Motoring.Au

Artikel Berkaitan

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Geely Auto, hypercar, kereta elektrik, Kereta Sport, Lotus, Lotus Evija, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my