• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pesawat Guna Enjin Porsche 911 Mahu Jual di Facebook, Harga RM442k!

Pesawat Guna Enjin Porsche 911 Mahu Jual di Facebook, Harga RM442k!

July 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ramai tidak tahu Porsche suatu masa dulu pernah terbang di udara.

Bukan dalam bentuk kereta, tetapi sekadar enjin 6-silinder 3.2L yang diambil daripada model 911 untuk digunakan pada pesawat terbang Mooney M20L PFM (1988). PFM adalah singkatan Porsche-Flugmotoren, bermaksud enjin pesawat terbang Porsche.

Kisahnya bermula pada awal 1980-an apabila Porsche menyedari ada peluang terbuka untuk meneroka pasaran penerbangan menerusi enjin penyejukan udara itu.

BACA >>> Pesawat Starfighter dalam Star Wars Dapat Sentuhan Rekabentuk Porsche, Lucasfilm

Mooney ialah syarikat pengeluar pesawat terbang yang menumpukan kepada model prestasi tinggi dan berminat memasangkan trenkuasa Porsche untuk pesawat M20 dengan ekstrak kuasa maksimum 217hp. Sebelum menggunakan enjin Porsche, pesawat tersebut bergantung kepada enjin Continental (210hp) untuk model pesawat keluaran lebih awal seperti M20K.

Lazimnya, pesawat dengan enjin propeler mempunyai alat kawalan berbeza untuk mengawal terotel, campuran bahan api dan jarak propeler.

Antara aspek menarik trenkuasa Porsche untuk pesawat M20L ialah penggunaan satu tuil untuk melakukan semua fungsi, yang mana juruterbang tidak perlu banyak berfikir ketika penerbangan.

Mooney cuma membina 41 unit pesawat M20L, iaitu 40 unit pada 1988 dan satu unit pada 1989. Kemudian pesawat ringan M20M menggantikan trenkuasa Porsche kepada jenis turbo daripada syarikat Lycoming pada 1989, dengan kuasa 270hp.

Bagaimanapun, projek PFM tidak bertahan lama. Porsche menutup operasi pada 1991 yang memberikan masalah kepada pemilik M20L kerana syarikat turut menghentikan pengeluaran alat ganti enjin berkenaan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) ada standard khas dalam menentukan jenis pesawat yang layak menggunakan ruang udara. Disebabkan tiada alat ganti baharu, memang sukar pemilik M20L menjaga atau melakukan penyenggaraan apabila berlaku kerosakan.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu

Beberapa hari lalu, sebuah Mooney M20L PFM (1988) muncul di ruang niaga Facebook Marketplace untuk dijual. Pemilik asal Kanada itu berhajat melepaskan pesawat terbang ringan tersebut pada harga C$140,000 (RM442,590).

Pesawat berkenaan sudah menerima sentuhan kustom seperti kerusi kulit putih Porsche. Pemilik itu mendakwa M20L masih menggunakan enjin Porsche dan diterbangkan selama 400 jam selepas melakukan kerja baik pulih (overhaul) major.

Sebagi makluman, setiap pesawat propeler perlu menjalani proses overhaul selepas selesai melakukan 2,000 jam penerbangan.

BACA >>> Kos Selenggara Cecah RM100j Setahun, Kerajaan Tak Rancang Tambah Kapal Selam

GALERI
Porsche Kapal Terbang 3
Porsche Kapal Terbang 6
Porsche Kapal Terbang 4
Porsche Kapal Terbang 2
Porsche-Kapal-Terbang-9
Porsche Kapal Terbang 1
Porsche-Kapal-Terbang-8
Porsche Kapal Terbang 5
Porsche Kapal Terbang
Porsche-Kapal-Terbang-10

SUMBER: FacebookMarketplace | Motor1

Artikel Berkaitan

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Facebook Marketplace, Kapal Terbang Enjin Porsche 911, Kapal Terbang Porsche, Mooney M20L PFM (1988), Pesawat Terbang, Porsche, Porsche 911

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my