Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?
Roda4

Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Han OthmanBy Han Othman14/08/20192 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ORANG Malaysia memang suka kereta jenis sedan, dan antara sebabnya ialah ciri praktikaliti ditawarkan menerusi ruang kabin dan but luas. Sesuai dengan pe’el orang Malaysia yang suka bercuti dan berkereta bersama famili.

Dengan tempoh pemilikan kereta yang lama (lebih 10 tahun) dalam kalangan pembeli negara ini, sedan dianggap pilihan terbaik kerana boleh dijadikan kereta peribadi dan keluarga pada masa sama.

Misalnya Honda City yang menjadi antara model sedan popular pilihan ramai. Selain praktikaliti ditawarkan, apakah sebab orang Malaysia sukakan City?

BACA >>> 250,000 Unit Honda City Atas Jalan Raya Malaysia Sejak 2001

1. REKABENTUK MODEN DAN TRENDY

honda city facelift
honda city facelift 2017

Ini antara kriteria utama kenapa pembeli Malaysia memilih Honda City kerana jenama ini bukan saja menawarkan rekabentuk moden, tetapi juga menepati cita rasa majoriri pembeli Malaysia yang gemarkan gaya kereta boxy atau bersegi. Rekabentuk model-model City juga mampu bertahan lama.

Antara sebab lain City menjadi pilihan ialah tempoh pinjaman kenderaan yang lama membuatkan mereka mencari kereta dengan rekabentuk yang tidak mudah ketinggalan zaman. Evergreen katanya. Dan City menawarkan apa dimahukan pembeli Malaysia.

Rekabentuk City juga mengambil pendekatan sederhana yang menepati cita rasa semua pembeli Malaysia tanpa mengira usia dan status. Tidaklah terlalu ekstrem dan sporty hingga membuatkan pembeli matang dan berusia tidak mahu memilikinya, dan pada masa sama tidak pula terlalu nampak seperti kereta ‘uncle’.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

2. SPESIFIKASI TERKINI

Honda boleh dikatakan antara pengeluar bukan nasional kategori massa yang paling ke hadapan dalam menyediakan spesifikasi terkini untuk setiap produk ditawarkan.

Selain Honda City 1.5L petrol, Honda juga menawarkan varian City Hybrid (foto atas). Ia adalah satu-satunya sedan berteknologi hybrid pada harga bawah RM100,000. Selain penjimatan petrol, Honda City Hybrid juga memberikan pemanduan ala sport, di mana enjin 1.5L iVTEC nya, dapat meledakkan kuasa yang sama dengan kenderaan berenjin 1.8L biasa. Luar biasa bukan?!

BACA >>> Honda Malaysia Terus Gasak, Lancar Honda City Hybrid i-DCD Pula!

Ini membuatkan pembeli tidak ralat sangat mahu memiliki produk Honda kerana mereka tahu kereta yang akan dimiliki mereka ini bukan versi ketinggalan zaman, tetapi up-to-date. Sama dengan apa dimilik pengguna di rantau lain seperti pemilik Eropah, Amerika dan negara Asia lain.

3. JIMAT MINYAK, CEKAP BAHAN API

Jarang sekali kita dengar pemilik City mengadu kereta mereka kuat makan minyak, dan model kompak Honda memang terkenal dengan penjimatan bahan api ditawarkan. Ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada pembeli City bagi setiap wang yang dibelanjakan.

Iyalah, urusan beli kereta ini  bukanlah seminggu dua, tetapi bertahun-tahun lamanya dan City ialah produk yang berbaloi untuk dimiliki.

4. PRAKTIKALITI TERBAIK SEISI KELUARGA

Model City menawarkan praktikaliti terbaik buat pemiliknya dan ini memang sangat dimahukan pembeli kereta di Malaysia, terutama kalangan mereka yang sudah berkeluarga.

Setiap keluarga kecil dan sederhana besar pasti berpuas hati dengan ruang kabin dan kargo seluas 536 liter ditawarkan City. Ditambah pula penyaman  udara untuk penumpang belakang, perjalanan seisi keluarga semestinya lebih selesa dan nyaman.

5. KUASA DAN PRESTASI

bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda

Prestasi ditawarkan kereta City sudah cukup memuaskan hati pemiliknya. City mampu dipandu hampir ke mana saja destinasi dituju dengan mudah dan bersahaja walaupun ruang kabin penuh dengan penumpang dan muatan barang. Kuasa dibekalkan, 120ps dan tork 145Nm sentiasa mencukupi, malah antara yang terbaik dalam kelasnya..

6. SERVIS, DAN WARANTI TERBAIK

Pengalaman servis terbaik menjadi sebab ramai pemilik Honda baharu dan lama memilih untuk kekal dengan Honda. Inilah rahsia utama kenapa Honda menjadi pilihan pembeli di Malaysia.

Semua kenderan baharu daripada Honda Malaysia, didatangkan dengan waranti 5 tahun, tanpa had perbatuan dan hingga 6 kali caj buruh percuma.

Honda Malaysia menawarkan Pelan Insurans Plus Honda (HiP) dengan Perlindungan Menyeluruh 24 Jam, merangkumi aspek Penyelamatan, Perlindungan dan Penjimatan seperti perkhidmatan tunda dan bantuan jalanan 24 jam, 100 peratus ganti rugi akibat kecurian dan kemalangan rosak penuh (total-lost), dan lain-lain.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Pelan Insurans Plus (HiP) dengan Perlindungan Menyeluruh 24 Jam

Perkhidmatan di Pusat Servis juga tidak pernah mengecewakan dengan ruang menunggu selesa, masa servis mengikut masa dan berjadual, dan kualiti servis terbaik dengan bantuan profesional.

Paling penting, Honda ialah jenama pertama yang ramai makwe di  luar sana akan tengok, apatah lagi City. Maklumlah, Honda katakan. The Power Of Dreams.

Honda Honda City Honda Malaysia Roda4 Sedan sedan segmen-B sedan subkompak Segmen B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

02/02/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

29/01/2026

2 Comments

  1. Paul Owen on 28/05/2020 17:41

    Honda City Hybrid gets a smooth change by-wire gear shifter and one of a kind meter group.

    Reply
  2. Ab Rahaman bin Abdullah on 27/08/2020 08:11

    Saya memakai Honda city tahun 2016. masih ada gerenti lagi.. kereta saya telah rosak absober grill telah berbunyi ..grap grap ada seketika grup grup.. saya membuat aduan kerosakan d Honda sp.. setelah d periksa oleh tecnision. ternyata telah rosak dan membuat report d Honda HQ. tapi jawapan Honda HQ sangat2 mengecewakan..barang tidak dapat ganti..ini yang d katakan Honda itu baik. saya sangat2 kecewa Honda penipu. saya sangat kecewa…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.