Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift
Auto Terkini

10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

Abang GYLBy Abang GYL02/03/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia meneruskan momentum dengan menghangatkan pasaran automotif tempatan menerusi pelancaran Honda City facelift yang tampil lebih menarik. Berbanding versi terdahulu, Honda City facelift hanya menawarkan tiga varian berbanding empat sebelum ini, iaitu S, E dan V (varian paling premium).

Jika anda merancang membeli kereta baharu, berikut ialah 10 perkara perlu anda tahu mengenai Honda City facelift:

1. HARGA KEKAL

honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift

Walaupun Honda City facelift hadir bersama pelbagai ciri baharu, tetapi tidak melibatkan sebarang kenaikan harga.

  • Honda City facelift S – RM78,300
  • Honda City facelift E – RM84,600
  • Honda City facelift V – RM92,000

* Harga atas jalan termasuk insurans dan GST.

2. PENAMPILAN LEBIH ‘AWESOME’

honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017

Profil Honda City facelift nampak lebih mengancam berbanding model terdahulu dengan perubahan rupa depan dan belakang. Antara perubahan ketara yang dapat dilihat adalah kehadiran gril baharu, sama seperti Honda Civic baharu. Paling memikat hati sudah tentu rekabentuk lampu belakang yang langsung mengubah penampilan sedan subkompak itu menjadi lebih lebar dan tegap.

3. CIRI-CIRI TERKINI

Ini ialah sedan segmen-B, tetapi ciri ditawarkan Honda City facelift adalah sama seperti sedan segmen-C. Berikut ialah ciri-ciri diberikan:

honda city facelift

4. ENJIN ADA TURBO KE?

Bagaimana pula aspek teknikal? Ada turbo ke? Malangnya, kalau anda mahu enjin turbo, silalah beli Honda Civic. 😛 Model yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) ini masih mengekalkan enjin petrol sedia ada bersesaran 1.5L i-VTEC.

Hasil padanan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda, model ini mampu menghasilkan kuasa 120hp dengan tork 145Nm. Aspek penjimatan bahan api pula mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 5.7L per 100km.

BACA >>> Honda City Facelift 2017 Tampil Ciri VSA, HSA dan Punat Tekan-Mula Sebagai Standard

5. SASARAN 2,000 UNIT SEBULAN

Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 2,000 unit sebulan. Sehingga kini, Honda City facelift sudah menerima 1,000 unit tempahan dan tempoh masa menunggu adalah sekitar sebulan. Apa yang pasti, kami agak terkejut dengan sasaran ditetapkan, tetapi yakin Honda mampu melakukannya selepas melihat kejayaan BR-V yang dilancarkan baru-baru ini.

6. LIMA PILIHAN WARNA

  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • Dark Ruby Red Pearl (merah)
  • Taffeta White (putih)
  • Modern Steel Metallic (kelabu)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’

7. DALAMAN MINIMALIS

honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift

Ruang dalaman Honda City facelift dibangunkan berasaskan prinsip rekabentuk Honda, iaitu ‘Man Maximum, Machine Minimum’ yang memaksimumkan ruang untuk pemandu, penumpang dan barang-barang. Begitu juga ruang kargo terbesar dalam kelas dengan kapasiti 536 liter.

8. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Paling penting, Honda Malaysia langsung tidak mengurangkan ciri keselamatan. Sebaliknya, menambah baik walaupun harga dikekalkan. Antara ciri keselamatan dipadankan pada Honda City facelift ialah;

  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kamera Undur

BACA >>> 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

9. JAMINAN 5 TAHUN

Honda City facelift didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

10. SERVIS PERCUMA

Bermula sekarang hingga 30 April 2017, pembeli Honda City facelift turut menikmati servis percuma selama dua tahun atau 40,000km perbatuan (kos upah dan alat ganti). Ya, percuma. Anda tidak perlu bayar ketika datang servis di semua pusat servis Honda Malaysia. Apa tunggu lagi, jom ke pusat jualan Honda Malaysia sekarang untuk pandu uji!


GALERI

honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift 2017
honda city facelift
Auto Terkini Honda City 2017 honda city facelift Honda City facelift (2017) Honda Malaysia Roda4
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.