Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda City Facelift 2017 Tampil Ciri VSA, HSA dan Punat Tekan-Mula Sebagai Standard
Auto Terkini

Honda City Facelift 2017 Tampil Ciri VSA, HSA dan Punat Tekan-Mula Sebagai Standard

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia bakal memperkenalkan empat model baharu sepanjang 2017 ini dengan meletakkan sasaran 100,000 unit jualan, iaitu 18 peratus berbanding pencapaian tahun lalu – 2016.

Model pertama sebenarnya sudah diperkenalkan pada Januari lalu, iaitu Honda BR-V, crossover 7-tempat duduk yang menawarkan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV) dan ruang seperti kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menyusul selepas BR-V ialah Honda City versi dipertingkat (facelift) yang sudah dibuka tempahan pada 1 Februari lalu dan baru saja dipertontonkan kepada pihak media secara langsung, semalam. Dua lagi model masih lagi dirahsiakan sama ada versi baharu ataupun facelift.

HONDA CITY FACELIFT DIJANGKA LARIS

honda city facelift
honda city facelift

Memperkatakan mengenai City, sedan segmen-B yang mendapat status Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) itu tampil dengan rekabentuk luaran baharu dengan manawarkan ciri segmen-C. Tiada spesifikasi lengkap diberikan semasa pratonton semalam, tetapi ciri standard bagi semua varian yang bakal ditawarkan ialah:

  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Butang tekan-mula (push-start)
  • Sistem masukan pintar
  • Rim aloi 2-tona

Apa yang dapat kami katakan, profil City baharu kali ini nampak lebih mengancam berbanding model terdahulu dengan perubahan rupa depan dan belakang. Paling memikat hati sudah tentu rekabentuk lampu belakang yang langsung mengubah penampilan sedan subkompak itu menjadi lebih lebar dan tegap.

SIRI JELAJAH PRATONTON

Jika tidak sabar melihat City baharu, Honda Malaysia akan melancarkan siri jelajah pratonton bermula minggu hadapan – Februari 2017 – kepada orang ramai sebelum pelancaran rasmi sedan tersebut. Anda boleh pergi ke:

  • 18hb – The Curve, Petaling Jaya (PJ)
  • 19hb – One Utama, PJ & East Coast Mall, Kuantan
  • 23-26hb – Plaza Gurney, Pulau Pinang

Honda Malaysia turut melakukan siri pratonton bergerak di beberapa lokasi berikut sepanjang Februari 2017 ini:

  • 19hb (Ahad) – Pulau Pinang – Seberang Jaya, Icon City
  • 20hb (Isnin) – Ipoh – Green Town, Yau Tet Shin
  • 21hb (Selasa) – Lembah Klang – Kawasan perbankan SS2, PJ Uptown, Seksyen 17 PJ
  • 22hb (Rabu) – Seremban/Melaka – Kawasan Public Bank, Dataran Pahlawan
  • 23hb (Khamis) – Muar/Batu Pahat – Weltex Parade, kawasan parkir AEON Big
  • 24 (Jumaat) – Johor Bahru – Bukit Indah / Perling, Taman Sentosa

Honda City facelift sebenarnya sudahpun dilancarkan di Thailand pada pada 12 Januari lalu dan kami menjangkakan tidak banyak perubahan spesifikasi dibuat untuk pasaran Malaysia.

Masih mengekal enjin dan transmisi City sedia ada, iaitu 1.5L dengan kuasa 117hp dan tork 146Nm. Anda boleh saja BACA >>> Honda City Facelift (2017) Lancar di Thailand, Luaran dan Dalaman Diperbaharui

Tempahan pula sudah dibuka sejak 1 Februari lalu di semua 88 pengedar Honda seluruh negara. BACA >>> Tempahan Honda City Facelift Dibuka – Adakah Harga Kekal Atau Lebih Murah?

GALERI

honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
honda city facelift
Auto Terkini Honda Honda City 2017 Honda City facelift (2017) Honda Malaysia Roda4 Sedan sedan segmen-B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.