Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak
Auto Terkini

Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak

Han OthmanBy Han Othman29/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERPANTANG maut sebelum ajal. Pemandu Subaru WRX ini bertuah kerana tidak mengalami kecederaan parah dalam kemalangan teruk di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan enjin, kotak gear dan ekzos tertanggal lalu tercampak atas jalan.

Foto kemalangan tersebut dimuat naik pengguna Facebook, Allan Keith yang menurutnya berlaku pada sebatang jalan dengan had laju 48kmj, dan semestinya kereta pemandu malang itu dipandu melebihi had laju tersebut berdasarkan impak berlaku.

Imej di tempat kejadian menunjukkan ada beberapa detik kereta mangsa menggelincir menyeberang jalan, memanjat bendul jalan sebelum terus terseret di luar kawalan sepanjang kaki lima jalan berkenaan. Ia kemudian berhenti selepas menghentam tiang elektrik dengan kerosakan teruk yang boleh diklasifikasikan sebagai total lost. 

BACA >>> Kereta ‘Total Lost’, Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik

Seperti kita lihat, WRX itu mengalami beberapa impak berat hingga membuatkan bahagian depan dan belakang kereta remuk teruk, serta begitu juga tingkap depan dan belakang pecah berderai. Impak kemalangan akibat kelajuan tinggi dapat diketahui kerapa enjin boxer, berserta transmisi dan sistem ekzos tertanggal dari kereta tersebut, manakala komponen lain bertaburan sepanjang jalan.

Menurut Keith lagi, pemandu Subaru itu tidak memakai tali keledar dan turut tercampak dari kereta dipandunya hingga menyebabkan kecederaan parah seperti patah bebera patulang rusuk, dan lebam pinggul. Malah, dilaporkan memandu ketika mabuk. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah lain yang mengakibatkan maut.

BACA >>> Subaru WRX STI Versi 2019 Bakal Tampil Lebih Berkuasa

ENJIN BREAK-AWAY

Sebenarnya enjin tertanggal dari kereta ialah teknologi khas dibangunkan Subaru, dipanggil ‘break away engine’, yang berfungsi menyerap impak kemalangan sebelum jatuh di bawah kabin penumpang untuk memberikan ekstra perlindungan. Teknologi sama juga diaplikasikan pada Proton Preve dan pernah beberapa tahun lalu kita digemparkan dengan foto sedan itu terbabit kemalangan hingga tercabut enjin.

Tapi macam biasalah, lebih ramai orang kita yang gemar mengecam daripada mengetahui perkara sebenar. Maklumlah kereta tempatan…

BACA >>> #Videotomotif: Subaru WRX STI Letak Penanda Aras Bunyi Ekzos Kegilaan Ramai

SUMBER: CarScoops

Break-Away Engine kemalangan Subaru Subaru WRX teknologi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Dengan Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Wang Tunai RM135,000

16/07/2026
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026

1 Comment

  1. Subramaniamaru on 12/02/2020 20:31

    Penulis berita mesti drive preve hahahaha

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.