• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta 'Total Lost', Saya Masih Selamat - Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik

Kereta 'Total Lost', Saya Masih Selamat - Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik

April 16, 2016 By Abang GYL 2 Comments

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SAYA tak sempat buat apa-apa. Semua berlaku sangat pantas, kereta terbalik dan berpusing-pusing sebelum terbabas.

"Lebih terkejut tengok keadaan kereta (PROTON Preve) sangat teruk (total lost). Macam tak percaya saya masih selamat. Syukur tak apa-apa, cuma cedera ringan," begitulah luahan Joe Fernandez Vensen ketika bercerita saat cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku hujung tahun lalu.

Susulan gambar viral PROTON Preve kemalangan teruk, tetapi semua penumpang di dalamnya selamat yang tersebar minggu lalu, PanduLaju mengambil inisiatif menghubungi pemilik kereta tersebut bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai insiden yang berlaku.

Menurut Joe Fernandez, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Semasa memandu di lorong ketiga, sebuah lori yang berada di lorong kedua secara tiba-tiba menukar lorong dan memasuki laluannya.

Akibat terkejut, keretanya hilang kawalan lalu berpusing dan terbalik beberapa kali sebelum terbabas. Tambah Joe Fernandez, ketika itu dia memandu pada kelajuan 190kmj.

Proton Preve Selamat (1)
Mengakui mengalami trauma akibat kejadian berkenaan, apa yang lebih mengejutkan ialah dia dan isteri hanya cedera ringan. Joe Fernandez berkata, dia sangat bertuah kerana PROTON Preve yang dipandunya ada ciri keselamatan terbaik.

"Preve memang terbaik. Walaupun sudah pusing dan terbalik berkali-kali, kereta ini memang kuat. Kalau tidak, mungkin nyawa saya sudah melayang.

"Selepas kemalangan, saya nekad beli Preve juga sebab percaya dengan ciri keselamatan kereta tersebut. Bukan mahu memuji, tetapi itulah hakikatnya. Lihatlah sendiri apa sudah jadi pada kereta saya. Apapun ajal maut di tangan Tuhan," katanya lagi.

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan Proton Preve, preve, Proton Preve, Viral

Comments

  1. Mirza says

    October 4, 2016 at 5:23 PM

    Laluan area pagoh sampailah ke ayer keroh ada 2 lane je. Tak ada 3 lane melainkan kira skali lane kecemasan tu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my