Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jumlah Pengeluaran Kenderaan Britain Merudum Lagi, Sudah 10 Bulan Berturut-Turut
Auto Terkini

Jumlah Pengeluaran Kenderaan Britain Merudum Lagi, Sudah 10 Bulan Berturut-Turut

Abang HirataBy Abang Hirata06/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKIBAT beberapa konflik semasa, ekonomi global sekarang ini tidak serancak dahulu. Di Britain misalnya, pelbagai pihak masih berbahas mengenai Brexit, sama ada kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Satu fakta lain, jumlah pengeluaran kenderaan di Britain pada Mac 2019 jatuh 14.4 peratus yang menyaksikan kemerosotan untuk bulan ke-10 berturut-turut. Berdasarkan data Persatuan Pengeluar dan Pedagang Kenderaan (Society of Motor Manufacturers and Traders – SMMT), jumlah pengeluaran Mac itu ialah 126,195 unit.

Pengeluaran pasaran domestik dan luar negara juga jatuh, masing-masing  -18.1 peratus dan -13.4 peratus. Trend ini disebabkan permintaan sederhana dari pasaran utama, Asia dan Eropah sebagai penyumbang utama kepada kemerosotan tersebut, selain penukaran model dan perubahan cita rasa mengikut segmen peringkat global.

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Walaupun eksport Britain jatuh pada Mac, pegangan dalam pengeluaran keseluruhan meningkat tahun ke tahun, iaitu 78.7 peratus yang menunjukkan pentingnya perdagangan bebas dan tidak bermasalah.

Selain itu, ramalan independen mengenai industri pengeluaran yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan risiko industri pengeluaran kenderaan Britain pasca Brexit.

Jika tiada Brexit, pengeluaran kereta di Britain dijangka mencecah 1.36 juta unit pada 2019, jatuh 1.52 juta unit pada 2018 sebelum meningkat semula kepada 1.42 juta unit pada 2021. Sebaliknya jika Brexit dipilih, jumlah pengeluaran diramalkan jatuh 30 peratus, sebanyak 1.07 juta unit menjelang 2021. Angka tersebut sama seperti era gelap pada pertengahan 1980-an.

Perbahasan berpanjangan sebenarnya tidak elok buat pelabur dan peniaga kerana tiada keputusan untuk dipegang bagi membuat perancangan seterusnya.

Ibarat nak berjalan ke depan dengan menambah pelaburan pun tidak boleh, tutup pun tidak pasti atau kekal pun tiada keputusan yang boleh dipautkan. Inilah dinamakan sebagai ketidakpastian (uncertainty) dan tidak patut diamalkan oleh mana-mana Kerajaan, termasuk negara kita.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

Auto Terkini Kesatuan Pengeluar dan Perdagangan Kenderaan SMMT Society of Motor Manufacturers and Traders
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.