• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jumlah Pengeluaran Kenderaan Britain Merudum Lagi, Sudah 10 Bulan Berturut-Turut

Jumlah Pengeluaran Kenderaan Britain Merudum Lagi, Sudah 10 Bulan Berturut-Turut

May 6, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


AKIBAT beberapa konflik semasa, ekonomi global sekarang ini tidak serancak dahulu. Di Britain misalnya, pelbagai pihak masih berbahas mengenai Brexit, sama ada kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Satu fakta lain, jumlah pengeluaran kenderaan di Britain pada Mac 2019 jatuh 14.4 peratus yang menyaksikan kemerosotan untuk bulan ke-10 berturut-turut. Berdasarkan data Persatuan Pengeluar dan Pedagang Kenderaan (Society of Motor Manufacturers and Traders - SMMT), jumlah pengeluaran Mac itu ialah 126,195 unit.

Pengeluaran pasaran domestik dan luar negara juga jatuh, masing-masing  -18.1 peratus dan -13.4 peratus. Trend ini disebabkan permintaan sederhana dari pasaran utama, Asia dan Eropah sebagai penyumbang utama kepada kemerosotan tersebut, selain penukaran model dan perubahan cita rasa mengikut segmen peringkat global.

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Walaupun eksport Britain jatuh pada Mac, pegangan dalam pengeluaran keseluruhan meningkat tahun ke tahun, iaitu 78.7 peratus yang menunjukkan pentingnya perdagangan bebas dan tidak bermasalah.

Selain itu, ramalan independen mengenai industri pengeluaran yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan risiko industri pengeluaran kenderaan Britain pasca Brexit.

Jika tiada Brexit, pengeluaran kereta di Britain dijangka mencecah 1.36 juta unit pada 2019, jatuh 1.52 juta unit pada 2018 sebelum meningkat semula kepada 1.42 juta unit pada 2021. Sebaliknya jika Brexit dipilih, jumlah pengeluaran diramalkan jatuh 30 peratus, sebanyak 1.07 juta unit menjelang 2021. Angka tersebut sama seperti era gelap pada pertengahan 1980-an.

Perbahasan berpanjangan sebenarnya tidak elok buat pelabur dan peniaga kerana tiada keputusan untuk dipegang bagi membuat perancangan seterusnya.

Ibarat nak berjalan ke depan dengan menambah pelaburan pun tidak boleh, tutup pun tidak pasti atau kekal pun tiada keputusan yang boleh dipautkan. Inilah dinamakan sebagai ketidakpastian (uncertainty) dan tidak patut diamalkan oleh mana-mana Kerajaan, termasuk negara kita.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Kesatuan Pengeluar dan Perdagangan Kenderaan, SMMT, Society of Motor Manufacturers and Traders

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my