Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#JMS2025: SUV Konsep Mewah Lexus LS Coupe Concept Dedah Rekabentuk Masa Depan
Roda4

#JMS2025: SUV Konsep Mewah Lexus LS Coupe Concept Dedah Rekabentuk Masa Depan

Han OthmanBy Han Othman17/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

LEXUS memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) konsep Lexus LS Coupe Concept sebagai visi yang menunjukkan hala tuju mewah jenama itu pasa masa depan.

SUV coupe konsep itu bukan sekadar coupe biasa, tetapi mengangkat tema Luxury Space (Ruang Mewah) dengan identiti elegan dan teknologi futuristik yang bakal menjadi sebahagian  era baru EV Lexus.

Rekabentuk Luar: Siluet Futuristik, Aerodinamik

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

Lexus LS Coupe Concept mempunyai bentuk SUV fastback dengan garis bumbung melandai ke belakang yang memberikan imej sporty dan elegan. Lampu depan menggunakan signatur LED bentuk ‘sigma’ menggantikan gril tradisional, juga menambahkan elemen rekabentuk aerodinamik dan berteknologi tinggi.

Bahagian bampar depan menampilkan ambilan udara besar dan saluran (duct) yang memainkan peranan dalam aliran udara untuk prestasi.

Dari sisi, terdapat panel klading hitam kilat, rim aloi besar, dan kamera sebagai sistem cermin sisi menggantikan cermin konvensional yang semua mencerminkan estetika futuristik dan aerodinamik.
Dari belakang pula, strip LED persegi horizontal kelihatan memanjang sebaris lencana LEXUS 3D, manakala difuser kembar menegaskan karakter sport dan prestasi.

Kabin, Kemewahan Dalaman: Kombinasi Emosi, Ketenangan

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

Pintu belakang menggunakan rekabentuk pintu koc, yang membuka akses ke tempat duduk baris kedua dengan gaya eksklusif.

Ruang kabin memaparkan konsep dwi-tona dengan bahagian pemandu diberi warna hijau, manakala bahagian penumpang menggunakan warna kuning cair (beige) sebagai simbol dua pengalaman dalam satu kereta.

Dari segi paparan, terdapat beberapa skrin digital, dua skrin di belakang stereng berbentuk kontroler, satu skrin untuk infotainmen penumpang, dan satu lagi skrin di atas (overhead) yang menyambung ke bumbung kaca panoramik kawalan sistem penyaman udara.

Bumbung kaca panoramic menghiasi kabin dengan cahaya natural yang menambah fiil luas dan keterbukaan. Ruang kargo pula, panel tengah pintu but direka untuk meluncur ke bawah, manakala lantai but boleh ditarik keluar seperti rak pintar untuk memuatkan barang.

Teknologi, Sistem Kuasa: Petunjuk ke Arah EV

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

Walaupun Lexus belum mendedahkan spesifikasi enjin, rekaan lampu bentuk-L, lantai rata dan tanpa saluran ekzos memberi petunjuk model konsep itu kemungkinan besar ialah kenderaan elektrik (EV).

Struktur aerodinamik dengan saluran udara di depan dan rekabentuk futuristik menunjukkan Lexus menumpukan kepada kecekapan dan prestasi dalam era mobiliti elektrik.

Falsafah, Visi Lexus: Evolusi ‘Luxury Space’

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

Menurut Lexus, konsep Lexus LS Coupe adalah sebahagian transformasi barisan model perdana jenama itu, daripada sedan konvensional kepada ‘Luxury Space’ moden yang menekankan pengalaman, dan bukan hanya pecutan.

Model itu dilihat sebagai antara tiga konsep besar Lexus di JMS 2025, bersama kenderaan pelbagai guna (MPV) Lexus LS Concept dengan enam roda dan, supercoupe Lexus Sport Concept, yang mencerminkan hala tuju rekabentuk dan teknologi jenama mewah itu.

Dengan gabungan kemewahan dan sensasi pemanduan mendalam, SUV coupe konsep itu membayangkan rupa Lexus masa depan yang akan menginterpretasi semula model perdana jenama itu yang lebih beremosi, lebih mewah, dan lebih teknikal.

Potensi Pengeluaran, Masa Depan

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

Beberapa pemerhati automotif berpendapat Lexus LS Coupe Concept mempunyai potensi lebih tinggi untuk diterjemahkan ke dalam model pengeluaran berbanding konsep enam roda MPV.

Lexus mungkin menggunakan platform EV generasi baru untuk model tersebut, seiring strategi mobiliti elektrik. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi setakat ini mengenai harga atau tarikh pengeluaran, yang mana model konsep tersebut berfungsi sebagai visi masa depan model perdana Lexus sebagai komitmen jenama kepada transformasi mewah era EV.

Logo Japan Mobility Show (JMS) 2025

Lexus LS Coupe Concept di JMS 2025 adalah manifestasi transformasi rekabentuk jenama mewah Lexus daripada sedan tradisional ke ruang mewah futuristik yang menggabungkan emosi pemandu dan keselesaan penumpang.

Ia bukan saja menarik dari segi estetik, tetapi juga teknikal, dengan membuka kemungkinan kehadiran generasi LS baharu versi elektrik, yang bergaya dan premium.

Jika versi pengeluaran nanti mengekalkan elemen rekabentuk, model konsep itu jelas mampu menjadi EV perdana Lexus yang sebenar dan bukan sekadar kereta mewah, tetapi pengalaman ruang mewah bergerak.

Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025
Lexus LS Coupe Concept | JMS 2025

FOTO: Motor1.com

Japan Mobility Show (JMS) 2025 JMS 2025 Lexus Lexus LS Coupe Concept model konsep Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 SUV Konsep
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

29/05/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

26/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie30/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.