Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#JMS2025: Lexus LS Concept Definisi Semula Makna Ruang Mewah MPV
Roda4

#JMS2025: Lexus LS Concept Definisi Semula Makna Ruang Mewah MPV

Han OthmanBy Han Othman17/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus LS Conpept | JMS 2025

DI PENTAS Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Lexus mendedahkan visi baharu untuk model perdaha menerusi Lexus LS Concept dengan rekabentuk sangat radikal yang tidak lagi sekadar mewah, tetapi sebagai ‘Ruang Mewah’ (Luxury Space) sebenar.

Model konsep itu jelas mencabar rekabentuk  konvensional sedia ada dengan konfigurasi enjin tiga-paksi dan enam roda, sambil menampilkan estetika mewah dan pengalaman kabin seperti ruang istirahat bergerak.

Rekabentuk, Konfigurasi Luar

Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025

Lexus LS Concept mempamerkan susunan enam roda (6-wheel) dengan dua roda besar di depan dan empat lebih kecil di belakang, satu susun atur yang jarang dilihat dalam dunia automotif. Strategi itu dipilih untuk memaksimum ruang lantai dan memberikan akses lebih luas ke dalam kabin.

Bahagian depan Lexus LS Concept menyerlah dengan bar LED penuh lebar yang bersambung ke lampu bentuk L terbalik bagi menggantikan gril tradisional dan logo ‘Lexus’ bercahaya.

Cermin depan pula bersambung terus hingga bampar untuk profil monolitik dan futuristik.  Pintu sisi menggunakan rekaan gelongsor dengan panel tingkap berjalur untuk privasi tambahan sambil mengekalkan aura premium.

Bahagian belakang dihiasi bar lampu LED melingkar dan logo ‘LEXUS’ menyala yang menegaskan identiti futuristik dan eksklusif.

Kabin: Sanctuary on Wheels

Lexus LS Conpept | JMS 2025

Kabin Lexus LS Concept tidak sekadar ruang pemanduan  tetapi direka sebagai ruang peribadi yang tenang dan mewah. Kabin mampu muat enam penumpang dalam tiga baris, dengan tempat duduk baris kedua boleh diputar 180º yang membentuk semacam ruang temu bergerak.

Bumbung kaca panoramik berganda membanjiri kabin dengan cahaya natural, yang mencipta suasana terbuka dan tenang. Bahan dalaman menggunakan elemen kayu, buluh dan corak bambu khas Jepun, bagi menyuntik fiil seni dan ketekunan dalam kabin.

Paparan digital bersepadu meletakkan beberapa skrin generasi baharu, terdiri daripada tiga skrin mengelilingi stereng kawalan, satu skrin untuk paparan luaran (kamera), dan skrin kecil lain untuk kawalan dalam kabin.

Platform, Sistem Kuasa

Lexus LS Conpept | JMS 2025

Lexus belum mendedahkan spesifikasi enjin atau sistem pacuan kuasa untuk Lexus Concept. Bagaimanapun, berdasarkan rekabentuk lantai rata dan profil futuristik, ramai pemerhati menjangka model itu akan menjadi kenderaan elektrik (EV) penuh atau sekurang-kurangnya hibrid moden.

Lexus sendiri menyebut, konfigurasi enam roda adalah sebahagian usaha mencipta’Ruang Mewah’ yang bukan sekadar kenderaan, tetapi ruang bergerak yang menekankan privasi, keluasan dan fleksibiliti.

Falsafah, Visi Lexus

Ketua Pegawai Penjenamaan (CBO) Lexus, Simon Humphries berkata, LS Concept melambangkan evolusi besar, yang mana LS bukan lagi bermaksud ‘Luxury Sedan, tetapi ‘Luxury Space’.

Lexus menekankan, model konsep itu bakal menjadi ‘santuari bergerak’, dan ruang peribadi di jalan raya yang memberi rasa ketenangan, kebebasan dan privasi.

Selain itu, Lexus turut menunjukkan satu lagi varian, LS Coupe Concept, sebagai sebahagian kerangka pemikiran masa depan model perdana Lexus sebagai lebih daripada segmen sedan tradisional.

Potensi Pengeluaran, Masa Depan

Lexus LS Conpept | JMS 2025

Walaupun Lexus LS Concept enam roda masih di peringkat konsep, Lexus memberi petanda serius itu bukan sekadar model pameran,  tetapi turut menimbangkan aspek pengeluaran berdasarkan ruang kabin luas dan pengalaman ‘kemewahan bergerak’ yang ditawarkan.

Tarikh pengeluaran atau harga rasmi belum diumumkan. Model tersebut lebih dilihat sebagai gambaran masa depan Lexus untuk generasi perdana baharu.

Lexus LS Concept adalah antara konsep paling berani daripada Lexus yang menampilkan model enam roda, kabin seperti lounge, dan falsafah ‘Luxury Space’ menerusi transformasi besar bagi jenama mewah Jepun itu.

Kepada peminat automotif dan mobiliti masa depan, Lexus LS Concept memberi bayangan jelas Lexus sedang memikirkan semula apa maksud sebenar ‘kemewahan’ dalam era EV dan ruang mobiliti baharu.

Jika model pengeluaran nanti mengekalkan sebahagian besar elemen itu, kita mungkin menyaksikan era baru model perdanaLexus bukan sekadar kereta, tetapi ruang peribadi bergerak yang penuh kelas.

Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Lexus LS Conpept | JMS 2025
Japan Mobility Show (JMS) 2025 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Lexus LS+ Concept model konsep MPV MPV Mewah Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Roda4

Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

08/07/2026
Roda4

Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

08/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.