Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Umum Turun Harga Kereta CKD, CBU! Lebih Murah RM2.7k-RM8.5k
Auto Terkini

Honda Malaysia Umum Turun Harga Kereta CKD, CBU! Lebih Murah RM2.7k-RM8.5k

Han OthmanBy Han Othman15/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini mengumumkan pengurangan harga untuk semua kereta jenama itu susulan pengumuman Kerajaan mengecualikan cukai jualan 100 peratus untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Dengan pelarasan itu, harga model CKD Honda seperti Jazz, BR-V baharu, City, HR-V, Civic baharu, CR-V dan Accord serba baharu dikurangkan antara  RM2,788.46* dan RM8,545.63*.  Sementara itu, model CBU Honda seperti Odyssey akan lebih murah dalam RM9,502.47*.

BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

Harga baharu tersebut akan berkuat kuasa 15 Jun ini hingga 31 Disember tahun ini. Sebagai tambahan kepada harga baharu, pelanggan juga boleh menikmati layanan istimewa dengan kereta baharu Honda di bawah kempen ‘Kita Bersama Deals’***

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan Kerajaan kepada sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif galakan pembelian menerusi pengecualian cukai jualan.

Kami harap pengurangan harga kereta ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda pilihan mereka dan menikmati perjalanan dalam negara yang kini dibenarkan, termasuk sokongan Kerajaan untuk mempromosikan pelancongan tempatan selain terus mematuhi amalan keselamatan dalam norma baharu.

“Kami yakin pelan pemulihan ekonomi PENJANA akan memberikan dorongan untuk membantu menyemarakkan semula industri dan menjana kesan domino terhadap ekonomi dalam skala besar. Honda Malaysia aklan terus lakukan yang terbaik untuk menyokong pelan Kerajaan dalam usaha membantu memulihkan ekononomi negara daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai harga baharu atau tempahan pandu uji boleh kunjungi mana-mana 101 pengedar Honda sah, atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau layari laman web www.honda.com.my.

* Jumlah pengurangan dalam Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020
**Harga atas jalan tanpa insurans, tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
***Tertakluk terma dan syarat. Hanya sah untuk kenderaan berdaftar pada 1 Jun 2020 hingga 30 Jun 2020.

Auto Terkini Harga Baharu Kereta Honda PKPP Honda Malaysia Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Penjana Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.