• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

June 5, 2020 By AO 1 Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN bersetuju mengecualikan cukai sebanyak 100 peratus untuk semua model kenderaan pemasangan tempatan (CKD), dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU) dalam usaha memacu semula jualan sektor automotif tempatan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Berita terbaharu itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, sebentar tadi. Ini bermakna harga kenderaan akan jadi lebih murah dan jangkaan harga bolehlah mengambil kira ketika tempoh masa pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) beberapa bulan lalu, iaitu sekitar 6 peratus.

Pelaksanaan pengecualian dan pengurangan cukai jualan tersebut akan berkuatkuasa bermula 15 Jun ini hingga penghujung Disember tahun ini.

Pelan baharu itu juga termasuk dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bertemakan 'Bersama Menjana Ekonomi' dengan mengenal pasti tiga teras utama, iaitu:

  • Memperkasakan rakyat
  • Melonjakkan perniagaan
  • Merangsang ekonomi

Setiap teras tersebut membabitkan 40 inisiatif yang menelan belanja RM35 bilion, dan RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal ditamatkan pada 12 Jun ini, dan Malaysia kini sedang memasuki fasa keempat, iaitu peringkat pemulihan untuk membangunkan semula ekonomi negara.

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, GST, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Penjana, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments

  1. MOHAMAD ARRIFIN BIN HAN says

    June 5, 2020 at 9:25 PM

    Sesuatu yg luabiasa yang tidak pernah di kecapi rakyat seblum ini..congratulations PMku..Terbaik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my