• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Buka Tempahan Civic e:HEV RS, Enjin 2.0L, Harga Masih Misteri

Honda Malaysia Buka Tempahan Civic e:HEV RS, Enjin 2.0L, Harga Masih Misteri

October 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia membuka tempahan model Civic e:HEV RS, sebuah model hibrid penuh yang didatangkan dengan enjin aspirasi normal baharu berkapasiti 2.0 liter. Harga atas jalan tanpa insurans masih belum diumumkan.

Varian terbaharu itu menampakkan gabungan gaya mewah, karakter pintar dengan sifat sporty (atau Smart Sport). Ada 5 perkara menarik anda perlu tahu tentang Honda Civic e:HEV RS (2022) iaitu:

GUNA TRENKUASA BAHARU

  • Model pertama dipasang trenkuasa 2.0L e:HEV dengan teknologi suntikan bahan api langsung dalam rangkaian produk Honda Malaysia.
  • Civic e:HEV RS menggunakan sistem hibrid penuh dengan satu enjin baharu 2.0 liter dengan gandingan dua motor elektrik.
  • Sistem transmisi jenis E-CVT beserta Unit Kuasa Pintar (Intelligent Power Unit - IPU) yang mengandungi bateri litium-ion jenis ringan dan bersaiz kompak.
  • Output kuasa:
    • enjin: 141hp dan tork 189Nm.
    • Motor elektrik: 181hp dan tork 315Nm.
  • Trenkuasa baharu tidak menghasilkan bunyi bising atau kesan getaran melampau. Penambahbaikan itu termasuk E-CVT semasa dalam keadaan melahu atau semasa janaan kuasa.
  • Unit Kawalan Kuasa (PCU) baharu menggunakan sambungan kabel voltan tinggi DC berasakan aluminium iaitu 37 peratus lebih ringgan berbanding jenis tembaga.

APA BEZA DENGAN CIVIC RS

Ada beberapa perbezaan pada bahagian luaran Civic e:HEV RS untuk membezakannya dengan Civic RS 1.5 liter turbo iaitu:

  • Logo H bahagian depan dan belakang didatangkan dengan latar dalaman berwarna biru.
  • Ada lencana e:HEV di sebelah kanan nombor plet belakang
  • Hadir dengan kemasan krom pada gril depan dan lampu hadapan.
  • Pemegang pintu dua rona dengan krom hitam di sebelah atas dan roda hitam di bahagian tepi.
  • Rim aloi 18 inci AL dwitona
  • Sistem ekzos tunggal

DIMENSI

Civic RS e:HEV
Civic RS
  • Secara asasnya, varian Civic e:HEV RS adalah sama saiz seperti Civic RS yang dilancarkan Januari lalu.
  • Jika dibandingkan Civic e:HEV RS dengan model generasi sebelumnya, kereta hibrid itu lebih panjang 30mm, lebih lebar 3mm dan 1mm lebih rendah. Jarak roda ditambah 35mm.

BONUS KAD KUNCI

  • Didatangkan dengan Kad Kunci (Key Card) bersaiz kompak untuk memudahkan trenkuasa dihidupkan atau akses masuk ke dalam kereta.
  • Kad kunci itu dianggarkan setebal dua kad kredit.
  • Pemilik juga menerima dua set kekunci keyless biasa.

TEKNOLOGI HONDA SENSING

Sedan hibrid itu didatangkan dengan pakej keselamatan yang komprehensif merangkumi:

  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN)
  • Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM)
  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC)
  • Ikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

PANDU UJI RINGKAS

Civic e:HEV RS lebih stabil berbanding versi petrol disebabkan perubahan pada casis bahagian belakang iaitu dengan tambahan bar untuk melindungi IPU.

IPU dan perubahan casis belakang menurunkan titik graviti sebanyak 10mm berbanding versi petrol. Tambahan berat disebabkan bateri di bawah tempat duduk penumpang belakang membantu Civic hibrid mendapat imbangan lebih baik.

Sistem suspensi ditala semula untuk menyokong tambahan berat sistem hibrid. Pengendalian lebih baik semasa ujian slalom. Tayar jenis Michelin Pilot Sport 4 dan rim 18 inci membantu aspek pengendalian.

Civic e:HEV RS lebih pantas memecut dari titik pegun berbanding versi Civic petrol turbo (RS). Semasa memulakan pergerakan, model hibrid itu dipacu motor elektrik yang ternyata senyap.  

BACA >>> Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!
BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju
BACA >>> #PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!
BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

Honda Civic RS e:HEV - - 0
Honda Civic RS e:HEV - - 2
Honda Civic RS e:HEV - - 8
Honda Civic RS e:HEV - - 4
Honda Civic RS e:HEV - - 6
Honda Civic RS e:HEV - - 7
Honda Civic RS e:HEV - - 26
Honda Civic RS e:HEV - - 37
Honda Civic RS e:HEV - - 38
Honda Civic RS e:HEV - - 44
Honda Civic RS e:HEV - - 64
Honda Civic RS e:HEV - - 9
Honda Civic RS e:HEV - - 19
Honda Civic RS e:HEV - - 10
Honda Civic RS e:HEV - 135
Honda Civic RS e:HEV - 22
Honda Civic RS e:HEV - 134
Honda Civic RS e:HEV - 13
Honda Civic RS e:HEV - 136
Honda Civic RS e:HEV - - 13
Honda Civic RS e:HEV - - 14
Honda Civic RS e:HEV - 64
Honda Civic RS e:HEV - - 15
Honda Civic RS e:HEV - 6
Honda Civic RS e:HEV - 9
Honda Civic RS e:HEV - 5
Honda Civic RS e:HEV - - 11
Honda Civic RS e:HEV - 17
Honda Civic RS e:HEV - 121
Honda Civic RS e:HEV - 19
Honda Civic RS e:HEV - 11
Honda Civic RS e:HEV - 12
Honda Civic RS e:HEV - 16
Honda Civic RS e:HEV - 15
Honda Civic RS e:HEV - 120
Honda Civic RS e:HEV - 119
Honda Civic RS e:HEV - 122
Honda Civic RS e:HEV - 27
Honda Civic RS e:HEV - 133
Honda Civic RS e:HEV - 2

Artikel Berkaitan

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autoterkini, Honda Civic RS e:HEV, Honda Civic RS Hybrid (2022), Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my