• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!

Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!

February 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia sebentar tadi mengumumkan harga jualan untuk varian City Hatchback RS e:HEV (2022) iaitu RM107,783.09 seunit, atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jalan yang akan berakhir 30 Jun nanti.

Itu ialah varian City Hatchback pertama ditawarkan ke pasaran Malaysia dengan dilengkapi teknologi hibrid e:HEV.

BACA >>> 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!

Berikut perincian City Hatchback RS e:HEV (2022):

WARNA

  • Ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu) dan Platinum White Pearl (putih).

TEMPAHAN

  • Sejak dilancarkan pada Disember 2021, Honda Malaysia mencatatkan tempahan lebih 5,200 unit untuk model hatchback serba baharu itu.

REKABENTUK

  • Menampilkan imej lebih sporty menerusi kit badan RS dengan tona hitam kilat pada beberapa komponen seperti gril depan, spoiler belakang dan cermin sisi. Warna badan dalam dwitona.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal City V-Sensing dengan Pakej Honda Sensing, Harga RM90k!

  • Mengetengah rekabentuk eksklusif pada gril bawah, kemasan lampu kabus dan bampar belakang.
    Lampu utama jenis LED, termasuk lampu siang (DRL), lampu kabus depan, lampu brek pada spoiler dan lampu belakang kombi.
  • Rim aloi 16 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa 1.5L Sport Pacuan Multi-Mod pintar (i-MMD) dengan padanan transmisi automatik e-CVT berkuasa 107.5hp dan tork 253Nm, menyamai kenderaan segmen-D dengan enjin aspirasi natural (NA).
  • Enjin e:HEV menggunakan dua motor hibrid untuk tiga mod pemanduan: EV, Hybrid dan Engine yang boleh berubah mengikut situasi pemanduan.

BACA >>> Ini Sebab Mengapa 9 Daripada 10 Pengguna Beli Kenderaan EV Di Norway

KABIN

  • Ruang kabin tampil sofistikated dan sporty dengan sulaman benang merah pada kerusi Ultrasuede.
  • Menggunakan kluster instrumen TFT 7 inci untuk akses mudah maklumat mengikut keperluan pemandu.
  • Unit infotainmen 8 inci dilengkapi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada ventilator penyaman udara belakang, pertama seumpamanya untuk segmen City Hatchback RS e:HEV.
  • Kerusi versatil ULTRA menawarkan empat konfigurasi berbeza: Utility, Long, Tall atau Refresh yang boleh diubah mengikut keperluan pengguna.
Tall Mode
Utility Mode
Long Mode
Refresh Mode

HONDA CONNECT

  • Teknologi inovatif termaju menerusi teknologi pintar telematik yang membolehkan pengguna menghubungkan kereta dengan hanya satu sentuhan cap jari menerusi aplikasi telefon pintar.
  • Fungsi utama teknologi telematik Honda CONNECT adalah memudahkan akses pemilik kepada kenderaan dan maklumat setiap masa.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar Aplikasi Honda CONNECT, Boleh Kawal Kereta Guna Telefon Pintar

CIRI KESELAMATAN

Juga varian pertama dalam segmen tersendiri yang dipakejkan dengan teknologi keselamatan termaju seperti:

  • Honda LaneWatch
  • Brek Parkir Elektrik (EPB)
  • Pemula Enjin Kawalan Jauh

Berikut sistem bantuan keselamatan pemandu dalam  Honda SENSING yang ada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Mitigasi Brek Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Brek Pegun Automatik (ABH)

Maklumat lanjut atau sesi pandu uji City Hatchback RS e:HEV (2022) boleh dibuat menerusi 102 cawangan pengedar rasmi Honda Malaysia seluruh negara atau boleh juga menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

BACA >>> Inilah 8 Sebab M̶a̶k̶w̶e̶ Orang Muda Boleh Jatuh Cinta dengan Honda City Hatchback!
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023

Artikel Berkaitan

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: City Hatchback RS e:HEV (2022), Honda City, Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my