• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Lancar Aplikasi Honda CONNECT, Boleh Kawal Kereta Guna Telefon Pintar

Honda Malaysia Lancar Aplikasi Honda CONNECT, Boleh Kawal Kereta Guna Telefon Pintar

March 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia sebentar tadi memperkenalkan teknologi baharu menggunakan Teknologi Telematik pintar yang membenarkan pengguna berhubung dengan kereta mereka semudah di hujung jari menerusi aplikasi telefon pintar.

Dipanggil Honda CONNECT, inovasi baharu ini akan mula ditawarkan untuk varian baharu sedan Honda City RS e:HEV yang dijadualkan dihantar kepada pembeli bermula bulan ini, Mac 2021.

Honda CONNECT menawarkan keupayaan konektiviti termaju untuk pemilik kenderaan Honda, merangkumi tiga fungsi utama iaitu Keselamatan (Safety), Sekuriti (Security) dan Keselesaan (Convenience).

Ada lima fungsi utama teknologi Telematik dalam Honda CONNECT, iaitu:

  • Diagnostik Kenderaan (Vehicle Diagnostic)
  • Aplikasi Kawalan Jauh (Remote Applications)
  • Aplikasi Keselamatan (Security Application)
  • Pengesan Kenderaan (Vehicle Tracking)
  • Bantuan Servis (Support Services)

KESELAMATAN DAN SEKURITI

Dalam fungsi keselamatan dan sekuriti Honda CONNECT dilengkapkan dengan  Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik (Automatic Collision Detection System), Pengesan Penggera Sekuriti (Security Alarm Detection), Amaran Halaju (Speed Alert), Penjejak Kereta (Find My Car), Amaran Geo-Batas (Geo-Fencing Alert) dan Panggilan Kecemasan (Emergency Call).

Berikut perincian fungsi berkenaan:

1. Sistem Pengesan Pelanggaran Automatik
  • Memberi bantuan segera kepada pemandu melalui Pusat Panggilan Bantuan Jalanan 24 Jam Honda (Pusat Panggilan Honda) jika berlaku kemalangan atau beg udara mengembung akibat perlanggaran. Syaratnya, kereta perlu didaftarkan terlebih dahulu.
  • Sistem akan menghantar notifikasi kepada Pusat Panggilan Honda dan bantuan kecemasan akan dihantar. Pengguna aplikasi Honda CONNECT juga mendapat notifikasi apabila sistem mengesan berlaku pelanggaran dan dimaklumkan ada bantuan sedang dalam perjalanan.
2. Pengesan Penggera Sekuriti
  • Sistem ini memantau kondisi kereta dan menghantar notifikasi kepada pemilik dan Pusat Panggilan Honda sebaik saja mengesan pintu, but atau bonet dibuka secara paksaan. Ini menandakan ada risiko kecurian dan penggera kereta akan dibunyikan. Fungsi ini pasti memberi kelegaan kepada pemilik yang terpaksa memarkir kereta mereka jauh atau di kawasan gelap.
3. Penjejak Kereta
  • Ciri ini membantu pemilik mencari lokasi parkir dan kedudukan kereta atas peta yang dapat dipantau melalui skrin telefon pintar.
4. Amaran Kelajuan dan Amaran Geo-Batas
  • Pemandu akan dimaklumkan jika kereta dipandu melebihi parameter membabitkan radius pemanduan dan halaju. Tujuannya, mencegah risiko kemalangan. Pemilik juga boleh menetapkan halaju dan lokasi jarak pemanduan menerusi sistem bagi tujuan pemantauan.

KESELESAAN

Fungsi keselesaan pula menawarkan ciri Kawalan Kenderaan Jarak Jauh (Remote Vehicle Control), Status Kereta (Car Status) dan Peringatan Servis (Service Reminder)

1. Kenderaan Jarak Jauh
  • Menawarkan fungsi buka-kunci pintu kereta secara kawalan jauh. Pemilik kereta boleh menghubungi Pusat Panggilan Honda untuk membantu membuka pintu jika tertinggal kunci dalam kabin. Anda juga boleh menghidupkan atau mematikan enjin, penyaman udara atau lampu menggunakan fungsi ini.
2. Status Kereta dan Peringatan Servis
  • Maklumat dipaparkan melalui Honda CONNECT dengan fungsi peringatan atau amaran. Ada fungsi panggilan kecemasan jika berlaku perkara tidak dijangka. Tingkah laku pemanduan dan sejarah perjalanan juga disimpan. Pengguna juga boleh menyemak anggaran kos penyelenggaraan, dan alat ganti, serta buat janji temu servis.

Diagnostik Kenderaan pula membantu membuat penilaian awal dengan mengesan 11 petunjuk utama, iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Supplemental Restraint System, Sistem Brek, Malfungsi Enjin, Sistem Pengecasan, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Kuasa dan Sokongan Keselamatan.

Maklumat lanjut boleh layari www.honda.com.my.

BACA >>> Sertai Kempen '1 Million Dreams' dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas!
BACA >>> Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Artikel Berkaitan

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda City RS e:HEV, Honda Connect, Honda Malaysia, Kelebihan Honda City RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my