Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

Han OthmanBy Han Othman11/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Tiggo V 2026

CHERY secara rasmi memperkenalkan model terbaharu famili Tiggo, iaitu Chery Tiggo V 2026 di Auto China 2026, Beijing, China.

Chery Tiggo V bukan kenderaan utiliti sukan (SUV) biasa, tetapi dianggap sebagai SUV famili multifungsi boleh ubah pertama dalam siri Tiggo, yang dibangunkan berasaskan konsep scenario-driven atau ‘ikut keperluan hidup sebenar’.

Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026

Dalam pemahaman mudah, SUV itu bukan saja boleh jadi SUV bandar, tetapi boleh juag bertukar menjadi kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk trip keluarga, termasuk menjadi trak pikap untuk membawa barang perkhemahan.

Konsep diperkenalkan itu memang lain daripada lain dan di luar kotak.

Nama ‘V’ Ada Maksud Tersendiri

Chery Tiggo V 2026

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chery, Jeff Zhang,berkata,  huruf ‘V’ pada Tiggo V membawa tiga nilai utama, iaitu:

  • Versatiliti (versatility)
  • Nilai (value)
  • Kejayaan (victory)

Secara keseluruhan, Chery Tiggo V 2026 cuba menggabungkan:

  • Kestabilan SUV
  • Keselesaan MPV
  • Fleksibiliti kenderaan rekreasi (RV)
  • Praktikaliti trak pikap

Ya, Chery nampaknya seperti cuba menghasilkan ‘pisau Swiss Army’ versi kereta.

Mod SUV – Rupa Garang, Keselamatan Penuh

Chery Tiggo V 2026

Dalam konfigurasi SUV biasa, Chery Tiggo V 2026  menampilkan identiti rekabentuk mengambil ilham harimau.

Antara elemen utama dapat dilihat pada:

  • Gril depan bentuk V
  • Lampu LED tajam
  • Badan lebih tegap dan lasak

Dari aspek keselamatan pula, casis dibina menggunakan 76 peratus keluli kekuatan tinggi , dan aluminium dengan perlindungan tambahan pada struktur kritikal.

Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026

SUV tersebut juga dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)lengkap seperti:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Bantuan Parkikir Auto (APA)
  • Bantuan Parkir Kawalan Jauh (RPA)

Walaupun konsep berorientasi famili, teknologi keselamatan masih dikira moden.

Mod MPV – Jadi Cruiser Famili dengan 7-Kerusi

Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026

Apabila memasuki mod MPV, Chery Tiggo V 2026  berubah menjadi kenderaan yang lebih menumpukan kepada keselesaan keluarga.

Dengan jarak roda 2,800mm, SUV itu hadir dengan:

  • Konfigurasi tiga baris tempat duduk dengan 7-kerusi
  • Tempat duduk baris kedua jenis gelongsor
  • Susun atur tempat duduk fleksibel

Kerusi juga boleh dilipat untuk menghasilkan mod katil (Bed Mode), yang membolehkan anda berbaring terus dalam kereta. Bayangkan anda menggunakan mod tersebut ketika berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

Selain itu Chery Tiggo V 2026 turut menyediakan:

  • 42 ruang simpanan tersedia
  • corong penyaman udara untuk semua baris tempat duduk
  • Kawalan penyaman udara dwi-zon
  • Sistem penapis udara N95 PM0.3

Melihat aspek praktikaliti disediakan, Chery betul-betul menyasarkan produk itu buat keluarga moden.

Mod PUP – SUV Rasa Trak Pikap

Chery Tiggo V 2026

Ini bahagian paling unik. Chery Tiggo V 2026 boleh ditukar kepada mod PUP (trak pikap) menerusi struktur belakang boleh tanggal (quick-detach rear structure).

Fungsi tersebut membolehkan:

  • Ruang kargo jadi lebih besar
  • Mudah mengangkut dan memunggah barangan besar
  • Sesuai untuk aktiviti luar atau kerja harian

Bukaan pintu but luas dan kerusi boleh lipat turut membantu urusan memunggah barang. Chery juga menyediakan aksesori tambahan seperti:

  • Khemah bumbung
  • Penyelsaian storan
  • Aksesori perkhemahan

Jelas sekali Chery Tiggo V 2026 dibangunkan untuk gaya hidup aktif dan luar.

Enjin Hibrid Generasi Keenam Chery

Chery Super Hybrid (CSH)

Dari sudut prestasi, Chery Tiggo V 2026 menggunakan sistem Chery Super Hybrid (CSH) generasi keenam.

Varian hibrid plug-in (PHEV) mencatat penggunaan bahan api serendah 6 liter per 100km, manakala varian enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa mencatatkan 7.84 liter per 100km.

SUV itu turut hadir dengan:

  • Jarak tinggi bumi 220mm
  • Casis lebih tinggi
  • Kemampuan lebih baik atas permukaan jalan tidak rata

Chery Tiggo V 2026 masih ada elemen off-road ringgan (soft-roader) walaupun menumpukan kepada mobiliti famili.

Secara jujur, Chery Tiggo V 2026 nampak seperti melakukan eksperimen paling berani , yang mana rata-rata SUV famili masa kini menawarkan:

  • Rekabentuk sama
  • Fungsi sama
  • Sesetengah model cuma berbeza lencana

Namun,  Chery Tiggo V 2026 cuba melakukan sesuatu yang lain dan unik dengan satu model untuk banyak gaya hidup.

Chery Tiggo V 2026

Jika Chery berjaya merealisasikan konsep tersebut dalam versi pengeluaran sebenar tanpa terlalu banyak ‘gimik’, Chery Tiggo V 2026 berpotensi menjadi antara model SUV famili paling unik dari China dalam beberapa tahun akan datang.

Apa yang menjadi persoalan.

  • Bagaimanakah fiil pengendalian apabila sesebuah kenderaan itu dibikin sebagai model pelbagai guna?
  • Adakah struktur dibangunkan itu dalam bertahan lama?
  • Adakah bakal memasuki pasaran Malaysia?
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Chery Tiggo V 2026
Auto China 2026 CEO Chery Jeff Zhang Chery Tiggo V Jeff Zhang Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.