• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid

5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid

August 9, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

672
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERADA di pasaran sejak penghujung 2016, Honda CR-V generasi kelima bakal digantikan dengan model baharu sepenuhnya selepas diperkenalkan pada 12 Julai ini.

CR-V ialah model global penting buat Honda dan kekal popular yang kini berada dalam usia ke-17. Di negara kita, CR-V ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) idaman ramai dan boleh dikatakan kebal dalam saingan.

BACA >>> Tak Nak Bayar 'Clamp', Pemandu Sedang Emosi Sanggup Rosakkan CR-V
BACA >>> Pemandu CR-V Halang Ambulans Rupanya Ada Masalah Pendengaran

CR-V (2023) generasi keenam kekal dengan resipi sama dan dilihat kembali kepada gaya asal yang bersahaja, ringkas dan ada tarikan tersendiri. CR-V generasi kelima pula akan kekal sebagai model unik dengan rekabentuk berani dan agresif.

Berikut kami senaraikan lima ciri CR-V (2023):

1. Rekabentuk

  • Membawakan gaya lasak dan sofistikated dengan inspirasi daripada trak pikap Ridgeline dan Passport TrailSport.
  • Lebih besar dengan panjang 4,694mm (+69mm), jarak roda 2,700mm (+40mm) dan lebar 1,864mm (+ 10mm).
  • Sedikit rendah pada 1,681mm (-8mm).
  • Pilar-A dianjak 119mm ke belakang, 71mm ke luar dan 36mm ke bawah untuk perkadaran lebih sporty dan sudut pandang lebih baik.

2. Dalaman Lebih Luas

  • Ruang kaki kerusi belakang belakang bertambah 15mm.
  • Kerusi belakang dengan sudut rebah 8º.
  • Bahagian atas kluster instrumen dengan garisan potong minimum untuk mengurangkan pantulan cermin depan dan gangguan visual lain.
  • Kerusi Penstabilan Badan di depan untuk mengurangkan keletihan ketika memandu jauh.
  • Sudut stereng lebih kepada sedan untuk posisi duduk lebih sporty dan selesa.
  • Konsol tengah dengan ruang 9 liter.
  • Kapasiti ruang but paling besar dalam siri CR-V bersaiz 1,028 liter atau pertambahan 34 liter untuk model turbo dan 88 liter (hibrid).
  • Lantai belakang CR-V EX dan EX-L boleh direndahkan dan ruang bertambah kepada 1,113 liter.
  • Konfigurasi kerusi boleh lipat rata 60:40 dengan tambahan ruang kargo 2,166 liter.

3. Pengendalian dan Pemanduan

  • Jarak roda 2,700mm (+40 mm) untuk pemanduan lebih lancar dan stabil.
  • Jarak trek roda depan dan belakang 10mm, lebih lebar dan meningkatkan kestabilan.
  • Casis kini 15 peratus lebih kuat untuk pemanduan dan pengendalian lebih baik dan sempurna.
  • Subfrem lebih rigid dengan kedudukan rak stereng berubah untuk menambah baik fiil dan ketepatan.
  • Subfrem belakang juga lebih rigid dengan suspensi multilink yang ditala semula dan spring atas 15 peratus lebih rigid.

4. Enjin 2.0L Hibrid dan 1.5L Turbo

Honda CR-V 2023 teaser.04
Honda CR-V 2023 teaser.02
  • Varian Sport dan Sport Touring dijana enjin hibrid 2.0L dengan dua motor elektrik, berkuasa 204hp dan tork 335Nm.
  • Kapasiti tunda 455kg.
  • Varian EX dan EX-L dipacu enjin 1.5L Turbo yang diperhalusi dengan unit pengecas turbo baharu lebih responsif.
  • Port kepala silinder ekzos 4-2 bagi membantu enjin mengekalkan kuasa puncak pada rev enjin (rpm) lebih luas yang  menghasilkan kuasa 190hp @ 6,000 rpm, atau 400rpm lebih tinggi. Daya tork pula 243Nm @ 1,700rpm-5,000rpm atau 300rpm lebih awal untuk ekstra respons enjin.
  • Enjin lebih senyap.
  • Transmisi CVT dipertingkat untuk mengurangkan bunyi dan gegaran.
  • Pacuan semua roda pintar Real Time AWD with Intelligent Control System yang diperhalusi untuk meningkatkan pengurusan traksi atas permukaan licin seperti salji dan lumpur.
  • Boleh menghantar hingga 50 peratus tork kepada roda belakang.
  • Kawalan Turun Bukit (HDC) semua varian untuk lebih keupayaan off-road dan kawalan ketika menuruni curam licin.
  • Pemandu ada pilihan kelajuan antara hingga 3.2kmj dan 19kmj.
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Econ dan Snow. Juga tambahan mod Sport untuk varian Sport Touring dan Sport.

5. Ada Empat Varian

Di Amerika Syarikat (AS), CR-V (2023) ditawarkan dalam empat varian:

  • CR-V EX - 1.5L turbo
  • CR-V EX-L - 1.5L turbo
  • CR-V Sport - 2.0L hibrid
  • CR-V Sport Touring - 2.0L hibrid

CR-V (2023) dipasangkan di tiga kilang Amerika Utara, iaitu East Liberty Auto Plant (Ohio), Indiana Auto Plant, dan Honda of Canada Mfg.

Sejak 2006, Honda sudah mengeluarkan lebih 5 juta unit CR-V di Amerika Utara dan hampir separuh daripadanya di AS.

BACA >>> Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM
BACA >>> Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!

Honda CR-V Sport Touring 2023.01
Honda CR-V Sport Touring 2023.02
Honda CR-V Sport Touring 2023.03
Honda CR-V 2023 Interior.02
Honda CR-V Sport Touring 2023.05
Honda CR-V Sport Touring 2023.06
Honda CR-V Sport 2023.07
Honda CR-V Sport Touring 2023.04

Related

672
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda CR-V, Honda CR-V 2023, Honda USA, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev