Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
Roda4

Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800

Han OthmanBy Han Othman14/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia
hari ini rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B popular, HR-V (2022) Serba Baharu untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM114,800.

Pihak media tempatan sebelum ini sudah dijemput memandu uji SUV subkompak itu ke Phuket, Thailand yang rata-rata memberikan reviu positif. Malah pratempahan yang dibuka Honda Malaysia bulan lalu dikatakan melebihi 20,000 unit dengan senarai pembeli lebih 12 bulan. Hebat!

SPESIFIKASI HRV (2022) SERBA BAHARU

Bagaimanakah pula HR-V (2022) serba baharu versi Malaysia yang baru dilancarkan ini? Apa yang menarik dan hebat? Mari kami senaraikan buat anda:

Varian dan Enjin
  • Ditawarkan dalam EMPAT varian: S, E, V dan RS (paling premium) dalam TIGA opsyen enjin, iaitu:
    • Petrol Aspirasi Natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC (varian S): 121ps/119hp, 145Nm; Penjimatan bahan api 5.9 liter per 100km 
    • Petrol 1.5L VTEC Turbo (E dan V): 181ps/179hp, 240Nm; Penjimatan bahan api 6.5 liter per 100km 
    • Hibrid e:HEV Hybrid (varian RS):  Enjin – 107ps/105hp @ 6,000-6,400rpm, 131Nm @ 4,500-5,000rpm; Motor Elektrik – 131ps/129hp @ 4,000-8,000rpm, 253Nm @ 0-3,500rpm; Penjimatan bahan api 4.1 liter per 100km
  • Sistem transmisi automatik CVT dan e-CVT (untuk varian RS).
  • Teknologi e:HEV pada varian RS ialah sistem hibrid unik dibangunkan Honda yang menggabungkan manfaat trenkuasa petrol dan motor elektrik dengan ledakan kuasa 129hp dan tork 253Nm.
  • Varian RS dijana enjin hibrid e:HEV dengan sistem Multi-Mod Pemanduan Pintar (i-MMD) untuk janaan kuasa bertenaga dan prestasi enjin responsif.
  • Ada tiga mod pemanduan: ECON, Normal dan Sport.
Harga
  • Berikut harga mengikut varian, tidak termasuk insurans:
    • HR-V 1.5 i-VTEC NA S – RM114,800
    • HR-V 1.5 VTEC TURBO E – RM129,800
    • HR-V 1.5 VTEC TURBO V – RM134,800
    • HR-V e:HEV Hybris RS – RM140,800
Eksterior
  • Ada lima pilihan warna: Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic (perak), Ruse Black Metallic (hitam).
  • Ciri luaran menampilkan rekabentuk horizontal di depan, gaya fastback di belakang, dan gril bersepadu menerusi konsep utama ‘AMP UP Your Life’, terdiri daripada tiga ciri, iaitu Kelegaan (dalam keseronokan), Keyakinan (dalam reliabiliti)  Estetika (dalam gaya).

  • Varian RS memiliki dimensi 39mm lebih panjang dan 15mm lebih rendah berbanding model terdahulu.
  • Gaya luaran RS direka eksklusif dengan tambahan lencana RS, gril depan krom, strip lampu belakang LED gelap (smoked), kemasan sil sisi krom, gerbang roda hitam berkilat, dan bampar bawah berserta logo AMP UP.
  • Dimensi panjang 4,385mm, lebar 1,790mm lebar, tinggi 1,590mm dan jarak roda 2,610mm dengan tambahan ruang lutut +35mm, ruang kaki +35mm  dan sudut sandar kerusi belakang +2º.
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL), lampu belakang LED
  • Lampu kabus LED, kunci pintar dengan penghidup enjin kawalan jauh (E, V dan RS)
  • Dual-ekzos E dan V, ekzos tunggal tersorok (varian RS)
  • Rim aloi 17 inci (dwi-tona untuk S, kelabu untuk E), 18 inci kelabu (V dan RS)
Dalaman

  • Semua varian ada butang penghidup tekan-mula (push-start).
  • Stereng multifungsi dengan ciri boleh laras teleskopik dan condong (tilt).
  • Penyaman udara dengan kawalan suhu tunggal automatik, (dual-zone untuk RS)
  • Ventilator penyaman udara belakang
  • 2 port USB.

  • Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • 4 pembesar suara, sensor parkir belakang dan kamera undur.
  • Varian E,V dan RS: tambahan perehat lengan belakang, tambahan dua port USB belakang, kluster instrumen digital 7 inci
  • Varian V dan RS: 8 pembesar suara, kerusi pemandu boleh laras 8-tetapan, stereng dan tombol gear kulit, upbolsteri kulit hitam, aplikasi mobil kawalan jauh Honda CONNECT dan signal belok LED sekuensial di depan.
  • Sama seperti City Hatchback, HR-V Serba Baharu ini turut menawarkan kerusi multi-utiliti dalam tiga konfigurasi mod, iaitu Utiliti, Panjang dan Tinggi.
  • Varian RS turut menawarkan ekstra ciri menarik seperti wiper automatik, kit baiki tayar, pintu but automatik bebas tangan.
Keselamatan

  • Semua varian dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju Honda SENSING, terdiri daripada:
    • 4 beg udara
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
    • Bantuan Mula Daki (HSA)
    • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
    • Kawalan Turun Bukit (HDC)
    • Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA)
    • Pengingat tali keledar untuk semua kerusi
    • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Varian E, V dan RS mendapat tambahan dua lagi beg udara kepada 6 beg udara.

  • Varian V dan RS mendapat ciri Honda LaneWatch (HLW), iaitu sensor kamera untuk mengesan titik buta yang dipaparkan pada skrin unit infotainmen. HLW diaktifkan automatik apabila tuil signal belok kiri diaktifkan, atau boleh tekan saja butang LaneWatch.

Sebelum kami diberikan model pandu uji HR-V (2022) Serba Baharu versi Malaysia ini, jom tonton dulu reviu Abang Gan pasal pandu uji HR-V versi Thailand ke Phuket di bawah ini:

Honda HR-V (2022) Honda HR-V (2022) Serba Baharu Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.