Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!
Roda4

Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!

Han OthmanBy Han Othman12/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic  Type R dilaporkan bakal menjadi gelandangan berikutan penutupan kilang pemasangan model itu di Swindon, Britain pada 2022 nanti. Namun masa depan model hangat itu sebenarnya tidak akan tamat di situ.

Berdasarkan kenyataan terbaharu Honda pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Civic Type R bakal muncul dengan penampilan baharu dan berbeza menerusi versi hibrid dan juga bersedia menerima trenkuasa elektrik.

BACA >>> Honda Civic Type R (2019) Versi Facelift Dikesan dengan Bampar, Spoiler Baharu

Type R versi hibrid kini menjadi sebahagian rancangan Honda dalam menghasilkan produk bercita-cita tinggi untuk pasaran Eropah. Honda yakin pemanduan rendah emisi akan menjadi kunci kepada lonjakan jualan jenama itu. Malah, pengeluar automotif dari Jepun itu baru saja mengumumkan bahawa setiap model Honda kelak akan menampilkan model hibrid dan elektrik menjelang 2025, khas untuk pasaran Eropah.

BUKAN SEKADAR TUKAR ENJIN HIBRID, ELEKTRIK

Type R bakal dibekalkan enjin hibrid dan elektrik.

Menurut kenyataan kepada PistonHeads, Ketua Projek Honda Urban EV (ditayangkan sebagai e Prototype), Kohei Hitomi berkata, Type R baharu akan mendapat motor elektrik  atau hibrid.

“Kami fikir mudah untuk mencapai prestasi Type R dengan EV penuh buat masa ini, tetapi Type R bukan hanya tentang prestasi. Ia juga tentang pengendalian, operasi dan pemanduan. Kami tidak fikir ia semudah menggantikan enjin dengan kuasa elektrik. Itu bukan hala tuju yang betul untuk Type R,” katanya.

BACA >>> Honda e Prototype – Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

Menurut Hitomi, rancangan awal ialah melihat bagaimana pengalaman Type R dapat dipertingkat lebih baik menerusi trenkuasa elektrik.

“Pengguna mengadu apabila kami beritahu Type R akan guna pengecas turbo, tetapi sekarang mereka menghargai kemungkinan baharu ini. Saya percaya ia juga sama untuk kenderaan elektrik, pengguna yang sukakan Type R akan sedar apa boleh ditambah untuk pengalaman pemanduan.

“Kami cuma perlu cari atribut terbaik yang relevan untuk Type R bagi meningkat pengalaman tanpa menghilangkan apa itu Type R,” katanyanya lagi.

NSX JADI CONTOH TERBAIK

Kenyataan Hitomi itu dibuat ketika Eropah bersedia mengembangkan potensi CR-V Hybrid kepada versi elektrik penuh dengan menggunakan tetapan multimod yang menggabungkan dua motor elektrik dan transmisi gear-tetap. Ada 3 mod yang membolehkan pemandu mendapatkan hantaran kuasa dari roda depan atau semua roda dalam pelbagai cara seperti berikut:

  • EV Drive – Bateri litium-ion membekalkan kuasa kepada motor propulsi elektrik secara terus.
  • Hybrid Drive – Enjin membekalkan kuasa kepada motor generator elektrik dan kemudian menukarkan bekalan kuasa itu kepada motor propulsi elektrik.
  • Engine Drive – Enjin berhubung secara terus kepada roda menerusi klac lokap (lock-up clutch).

Walaupun tidak cukup untuk menggambarkan Type R, tetapi Acura NSX ialah contoh tentang bagaimana menggunakan elektrifikasi untuk kelebihan kenderaan. Gabungan tiga motor elektrik, enjin V6 dan transmisi konvensional dilihat mampu memberikan potensi pemanduan semua roda (AWD) yang menakjubkan. Jika jurutera Honda mengguna metod sama untuk Type R, memang ada kemungkinan untuk kita menyasikan Type R bakal menghidupkan gandar belakangnya.

BACA >>> Honda NSX 2016: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini

Di mana dan bilakah model itu akan muncul, itu cerita yang lain. Namun menurut Honda, susulan penutupan kilang di Swindon, Type R kini perlu mencari rumah baharu sama ada di Amerika atau Kanada.

SUMBER: AutoGuide

EV Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R EV Honda Civic Type R Hybrid Kenderaan Elektrik (EV) Kohei Hitomi Roda4 Segmen C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.