BERMULA esok (08/02), harga runcit bagi petrol RON95 turun sebanyak 4 sen. Manakala harga petrol RON97 turut mengalami penurunan sebanyak 7 sen. Bahan api diesel pula turun 10 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 08/02/2020.
Ini bermakna, harga bahan api RON95 turun daripada RM2.08 kepada RM2.04 seliter berbanding sebelum ini. Harga RON97 pula turun kepada RM2.34 seliter. Manakala diesel turut sama turun pada RM2.08 seliter.
Pengumuman penurunan harga bahan api itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menurutnya, penurunan harga petrol adalah kerana harga minyak global menurun berdasarkan pengiraan Automatic Price Mechanism (APM).
SENARAI HARGA MINYAK [08/02/20]
- RON95: RM2.04/liter (turun 4 sen)
- RON97: RM2.34/liter (turun 7 sen )
- Diesel: RM2.08/liter (turun 10 sen)
BACA >>> Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!
BACA >>> Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor
BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak
BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?
Leave a Reply