• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor

Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor

July 19, 2019 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju memberikan subsidi petrol dalam bentuk bantuan tunai kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keputusan bantuan tunai mengikut format BSH itu dibuat selepas Kerajaan menimbangkan pelbagai cadangan sejak hampir setahun lalu.

Kerajaan sepatutnya sudah mengumumkan pelan pemberian subsidi petrol bulan lalu, tetapi ditangguhkan berikutan amaran pakar ekonomi mengenai kesukaran pelaksanaan dan kecenderungan berlaku penyalahgunaan.

Namun menurut sumber MalayMail, Kerajaan kini sudah menambah baik pangkalan data penerima layak dengan mengemas kini pendapat dan maklumat pemilikan kenderaan yang diperoleh daripada data BSH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

TIADA TUNAI UNTUK YANG TIADA KERETA, MOTOR

Kebanyakan penerima BSH memohon menggunakan slip gaji dan pencen. Jadi, Kerajaan memutuskan menggunakan senarai penerima BSH untuk pemberian tunai subsidi petrol, kata sumber yang juga pegawai kementerian.

"Kami boleh buat semak silang dengan data JPJ. Daripada situ, kami boleh lihat jenis kereta yang dimiliki pemohon. Bagi mereka yang tiada kenderaan, mereka tidak dapat tunai," katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lalu berkata, Kerajaan merancang memberikan subsidi petrol RON95, 30 sen seliter kepada pemilik kereta 1,500cc untuk 100 liter dan motosikal 125cc ke bawah (40 liter).

SUMBER: MalayMail

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Sara Hidup (BSH), BSH, Lim guan eng, Subsidi, Subsidi Petrol, subsidi petrol RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev