• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak

Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak

April 10, 2019 By Azhan O 1 Comment

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA kumpulan B40 mungkin mendapat subsidi petrol bersasar menerusi tunai yang disalurkan terus ke dalam akaun bank masing-masing, kata Menteri Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang cara Kerajaan menyalurkan subsidi petrol bersasar.

Ismail Sabri dari blok Pembangkang turut bertanya sama ada subsidi petrol bersasar itu kelak akan diberikan mengikut individu atau kenderaan. Begitu juga tentang jumlah petrol yang dibenarkan untuk setiap individu dan kenderaan, dan adakah sebarang kupon atau kad khas yang akan digunakan di stesen minyak.

BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc

Saifuddin menjawab, semua perkara tersebut masih belum dimuktamadkan Kerajaan, manakala penggunaan kupon dan kad juga masih dalam pertimbangan.

90% PENERIMA BSH TERIMA BANTUAN TERUS KE AKAUN

Saifuddin berkata lagi, ketika ini 90 peratus penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan layak terima subsidi petrol bersasar, menerima bantuan secara terus ke akaun masing-masing. Baki 10 peratus lagi, yang kebanyakan berada di kawasan pedalaman, akan dibantu membuka akaun bank.

“Dengan cara itu, kalau kita laksanakan subsidi petrol bersasar, kita masukkan terus ke dalam akaun penerima. Jadi, pada hari pelaksanaan subsidi bersasar itu, harga di pam tetap sama.

“Saya yang layak dapat subsidi membayar RM2.08 (RON95) contohnya pada harga itu, Bera (Ismail Sabri Yaakob) pun bayar RM2.08, tetapi Bera tidak layak dapat subsidi, jadi Kerajaan akan ‘bank in’ ke akaun saya sebagai rakyat yang layak menerima subsidi. Jadi, itu satu alternatif,” kata Saifuddin di Dewan Rakyat hari ini.

Subsidi petrol bersasar ialah antara langkah disebut Kerajaan dalam Belanjawan 2019 untuk mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapat rendah, dipanggil B40, dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,860.

BACA >>> Jika Ikut Sesaran Enjin Bawah 1,500cc, Semua Kereta Ini Layak Dapat Subsidi Petrol

Bagaimanapun, pemberian subsidi tersebut adalah bersyarat, iaitu khas untuk kereta di bawah 1,500cc dan motosikal di bawah 125cc. Namun, mereka yang memiliki kereta jenis mewah (seperti BMW atau Mercedes-Benz) tidak layak mendapat subsidi petrol bersasar walaupun kenderaan bersesaran enjin rendah.

Jumlah isian petrol pula dihadkan 100 liter untuk kereta dan 40 liter untuk motosikal dalam sebulan.

SUMBER: FMT | MalayMail

 

Artikel Berkaitan

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, B40, bajet 2019, Bantuan Sara Hidup (BSH), Belanjawan 2019, BSH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Golongan B40, Ron95, Subsidi Petrol, Subsidi Petrol Bersasar

Comments

  1. Amran says

    April 11, 2019 at 9:31 AM

    Dah mcm zaman Pak Lah dulu ni..ingatkan Pakai kad dapat bayar murah di Stesen.. Siaplah duit minyak lepas ni.. Belum tentu semua dapat subsidi.. Tapi yang pasti, kalau kaedah ni diguna pakai, memang harga mencanak naik seperti zaman Pak Lah..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my