Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin Main Basikal Pula!
Auto Terkini

Hafizh Syahrin Main Basikal Pula!

AryonBy Aryon16/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah nampaknya belum puas selepas menamatkan aksi perlumbaan motosikal enduran 8 Hours of Sepang (EWC) 2019 dan Kejuaraan Kereta Touring Dunia (WTCR) 2019 sepanjang seminggu lalu.

Terbaharu Hafizh bakal menyertai satu lagi acara sukan, iaitu kayuhan basikal lima peringkat Kejohanan Tour de Selangor 2019 dengan jarak keseluruhan 679.2km pada 18-22 Disember ini.

Beliau akan menyertai pasukan Amskin Racing Club (ARC), yang dibarisi pelumba pecut negara, Anuar Manan, Mohd Hafidz Hanid, Sofian Nabil Omar Bakri dan Mohd Irfan Satiran.

Beliau yang bakal mencipta rekod baharu dengan menyertai perlumbaan berbasikal secara profesional dua hari lagi, mengakui gementar namun beliau menjadikan itu sebagai cabaran buat diri sendiri untuk lebih berdisiplin.

BACA >>> 8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah

Jika mengikuti perkembangan Hafizh di media sosial, kita pasti sedia maklum yang beliau memang gemar berbasikal sebagai salah satu rutin latihan mengekalkan kecergasan selain bermain motocross, dan berenang. Malah, pelumba amatur dan profesional memang digalakkan berbasikal.

Selain memantapkan otot kaki yang sangat penting untuk koordinasi badan ketika mengawal motosikal, berbasikal juga mampu menjaga stamina, respon kawalan dan mengekalkan tempo halaju seseorang pelumba.

Power Hafizh!

BACA >>> Marquez Mujur Juara GP Jepun Sebelum Minyak Habis, Hafizh Tolong Tunda Motor ke Pit

Amskin Racing Club (ARC) Auto Terkini Hafizh Syahrin Hafizh Syahrin Abdullah Lumba Basikal Tour de Selangor 2019
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.