• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah

8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah

September 10, 2019 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter

PASUKAN Sepang Racing Team (SRT) mengumumkan barisan pelumba untuk perlumbaan Kejuaraan Dunia Enduran FIM 8 Hours Sepang (EWC) bermula 13 hingga 15 Disember ini.

Pelumba SRT terdiri daripada pelumba MotoGP Petronas Yamaha SRT dan bekas juara Moto2, Franco Morbidelli, pemenang pelbagai kejohanan 8 Hours Suzuka, Michael van der Mark dan pelumba tempatan Hafizh Syahrin. Masing-masing akan berlumba dengan jentera Yamaha YZF-R1 sebagai wakil pasukan tuan rumah.

Walaupun kali pertama berlumba dalam kejuaraan enduran, tetapi dengan sokongan bekas Juara Kejohanan Enduran Dunia daripada Yamaha Austria Racing Team (YART), pasukan SRT komited bekerja keras untuk mengungguli saingan kejohanan enduran yang julung kali diadakan itu.

BACA >>> Pasukan Lumba Motosikal Pertama Anak Malaysia, Satu HATI.Honda Team Asia Sertai Suzuka 8 Hours

franco-morbidelli-petronas-yamaha-srt-1
franco-morbidelli-petronas-yamaha-srt-2

Melihat rekod Morbidelli dalam aksi MotoGP, kepantasan pelumba Itali itu memang tidak dapat dinafikan walaupun EWC ialah penampilan sulungnya dalam perlumbaan enduran. Lagipun beliau juga sudah biasa dengan trek Sepang dan jentera YZF-R1.

“Saya pernah berlatih dengan YZF-R1 sebelum ini, jadi sudah ada idea tentang apa yang boleh dijangka, tapi saya pasti superbike enduran akan berbeza,” kata Morbidelli.

michael-van-der-mark-1
michael-van-der-mark-2

Sementara itu kehadiran pelumba Belanda, van der Mark menambah lagi kehebatan pasukan itu. Ini kerana beliau bukan saja pernah menjadi juara perlumbaan Yamaha World Superbike, tetapi juga salah seorang pelumba paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Suzuka 8 Hours.

Sebagai pemenang empat kali dalam perlumbaan berprestij itu, daya tahan tahan van der Mark memang tidak perlu dipertikaikan.

BACA >>> Honda Perkenal Fireblade SP Custom Concept - Motor Lumba Replika 8 Hours Suzuka

"Saya akan buat terbaik untuk bantu pasukan dengan pengalaman dimiliki, kerana kita berjuang untuk capai kejayaan. Kita ada pasukan yang kuat, tapi kita juga perlu bijak dan konsisten, kerana pasti matlamat akhirnya adalah kemenangan di tempat sendiri,” katanya.

hafizh-syahrin-gp-amerika-2019-1
hafizh-syahrin-ktm

Pelumba tempatan, Hafizh pun tidak asing dengan trek Sepang, dan pernah beraksi  dalam banyak perlumbaan pelbagai kelas.

"Saya memang tidak sabar untuk menyertai perlumbaan ini. Ini bukan perlumbaan enduran pertama saya kerana saya pernah berlumba dalam Suzuka 8 Hours sebelum ini, tapi pasti berbeza kali ini apabila berlumba di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu Ketua Pasukan SRT, Datuk Razlan Razali mengakui teruja dengan penyertaan pasukan lumbanya dalam saingan 8 Hours Sepang buat kali pertama.  Menurutnya, ini juga cara terbaik untuk menyokong kempen 'Melawat Malaysia 2020'.

BACA >>> Penunggang Malaysia Capai Misi Enduran Iron Butt 1,609km dengan Modenas RS200

Beliau turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai sebahagian kempen 'Visit Truly Asia Malaysia 2020', acara perlumbaan ini akan memanfaatkan hashtag #RoadToMalaysia bagi menyokong inisiatif berkenaan.

SUMBER: Bernama

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #RoadToMalaysia, 8 Hours Sepang, 8 Hours Sepang FIM Endurance World Championship (EWC), auto terkini, Datuk Razlan Razali, franco morbidelli, Hafizh Syahrin, Kejuaraan Dunia Enduran FIM 8 Hours Sepang (EWC), Michael van der Mark, Visit Truly Asia Malaysia 2020

Comments

  1. Brandster says

    September 12, 2019 at 4:27 PM

    GO GO GO Srt team…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my