Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini
Roda4

Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini

Abang HirataBy Abang Hirata05/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR automotif Korea Selatan seperti kita tahu mempunyai pereka kanan hebat dan salah satu yang kerap ditularkan media ialah Peter Schreyer. Sebenarnya, selain beliau, ada seorang lagi pereka yang tidak kurang hebat. Siapa dia?

Luc Donckerwolke kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) Hyundai Motor Group. Siapakah beliau sebelum itu?

Donckerwolke adalah Ketua Rekabentuk Lamborghini sejak 1998 dan menjadi individu yang bertanggungjawab menghasilkan Diablo VT 6.0 (2001), Murciélago (2002) dan Gallardo (2004). Beliau kemudian memegang jawatan Pengarah Rekabentuk SEAT (2005) dan Bentley (2012) sebelum berhijrah ke Hyundai pada November 2015.

Di Hyundai, beliau menerajui divisyen rekabentuk jenama mewah Genesis dan bekerjasama dengan Schreyer. Hasilnya ialah produk terbaharu Genesis, dipanggil GV80, yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) premium pertama jenama itu.

BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

GV80 ialah SUV 3-kerusi dan model keempat Genesis selepas sedan G70, G80 dan G90. Secara spesifik, GV80 dihasilkan untuk bersaing dengan SUV besar jenama Jerman dan Jepun seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi dan Lexus.

BACA >>> Genesis G80 (2018) Tawar 5 Ciri Keselamatan Termaju Sebagai Standard

Singkatan V pada GV80 membawa maksud ‘Versatiliti’ yang ditawarkan SUV tersebut dengan bahagian luaran dan dalaman diilhamkan daripada model konsep GV80, ditayangkan pada Pameran Auto New York (NAIAS) 2017. Projek tersebut turut mendapat kerjasama antara studio rekabentuk Genesis di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jerman.

Menurut Donckerwolke, GV80 meluaskan maksud bahasa rekabentuk ‘Athletic Elegance’ kepada kelas baharu dengan mengekalkan perkadaran yang baik dan kecanggihan bentuk. Jika kenyataan itu sukar difahami, perhatikan foto GV80 yang dikongsi Genesis. Penampilan SUV itu nyata elegan, moden dan malar segar.

Antara elemen signatur Genesis ialah lampu kuad teknologi tinggi, gril silang menyerlah dan garis Parabolic Line pada sisi kereta. GV80 bakal dilancarkan di pasaran global tahun ini yang didahului negara asalnya, Korea Selatan Januari ini.

BACA >>> Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

Auto Terkini Genesis Genesis GV80 hyundai Korea Selatan Luc Donckerwolke Peter Schreyer
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.