• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

May 17, 2018 By AI 1 Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) menganugerahkan rating keselamatan 5-bintang kepada sedan sport mewah Genesis G80 Sport (2018). Penilaian keselamatan tertinggi NHTSA itu diterima selepas mendapat skor tinggi berasaskan beberapa ujian kemalangan, membabitkan perlanggaran depan, sisi dan golekan (rollover).

Mana-mana kenderaan yang mendapat penarafan keselamatan 5-bintang NHTSA mesti mendapat skor tertinggi bagi perlindungan sisi pemandu dan sisi penumpang, hadangan sisi dan impak tiang serta ujian mitigasi golekan.

BACA >>> Genesis G80 (2018) Tawar 5 Ciri Keselamatan Termaju Sebagai Standard

Dalam ujian terdahulu, sedan Genesis G80 standard turut meraih rating keselamatan lima bintang, manakala kedua-dua model G80 dan G90 mendapat Anugerah Top Safety Pick+ daripada Institut Insurans Keselamatan Jalan Raya (IIHS) pada 2017.

PAKEJ KESELAMATAN LENGKAP

2018-genesis-g80-sport-14
2018-genesis-g80-sport-06
2018-genesis-g80-sport-07

Genesis G80 Sport (2018) menampilkan enjin 3.3L V6 turbo berkuasa 365hp dan tork 510Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Model buatan divisyen mewah di bawah Hyundai itu turut menawarkan pakej keselamatan lengkap termaju yang dibangunkan untuk meminimumkan risiko kemalangan dan memaksimumkan perlindungan ke atas pemandu, penumpang, dan pejalan kaki.

BACA >>> Genesis G90 - Pesaing Mercedes S-Class, BMW 7 Series

Antara ciri keselamatan termaju itu terdiri daripada Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, pengesan titik buta pintar (SBSD) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (LAA), dan lampu belok dinamik (DBL) dengan Bantuan Suluh Tinggi (HBA).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Genesis, Genesis G80 Sport (2018), IIHS, Institut Insurans Keselamatan Jalan Raya (IIHS), NHTSA, PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Roda4, Sedan, Sedan Sport Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my