• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Genesis G90 – Pesaing Mercedes S-Class, BMW 7 Series

Genesis G90 - Pesaing Mercedes S-Class, BMW 7 Series

November 7, 2016 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter

genesis-g90-bg
JIKA Toyota ada Lexus, Hyundai pula ada Genesis, yakni divisyen yang ditubuhkan khas untuk membikin kereta-kereta mewah dan berprestij tinggi. Justeru Genesis G90 bolehlah disamakan dengan barisan model Lexus LS, BMW 7 Series dan Mercedes-Benz S-Class.

Genesis G90 dihantar ke pasaran antarabangsa untuk bersaing dengan semua sedan saiz penuh sedia ada. Sebagai makluman, sedan saiz pertengahan, Hyundai Genesis dijenamakan semula menjadi Genesis G80 sebagai model 2017.

Genesis G90 pula dibina atas platform sama seperti G80, tetapi jarak roda diunjurkan. Dikuasakan dua enjin serba baharu, 3.3L turbo-berkembar V6 berkuasa 365hp dan 5.0L V8 berkuasa 420hp. Kedua-dua enjin dipadukan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang dijelmakan daripada sedan Hyundai yang sudah ditamatkan pengeluaran, Equus.

Sedan mewah ini didatangkan dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan karakteristik sporty dalam pakej penuh kehalusan. Malah, ia turut ditawarkan dalam konfigurasi pemanduan pacuan semua roda (AWD) sebagai opsyen.

FITUR TERKINI

genesis-g90-9
genesis-g90-10

Genesis G90 tampil dengan pelbagai fitur terkini seperti skrin paparan antara terbesar dalam kelas dan sistem bunyi premium, Lexicon berserta 17 pembesar suara, termasuk sebuah subwufer 10 inci.

Kerusi kulit disiapkan dengan ciri haba panas, pengudaraan dan boleh laras. Ditambah pula kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, pembrekan automatik dengan sensor pengesan pejalan kaki, dan pemanduan semi auto. Semuanya ialah ciri standard.

Berharga antara AS$68,100 (RM286,844) bagi varian RWD V6 hingga AS$72,200 (RM301,113) bagi AWD V8, sedan ini pastinya sesuai buat si kaya yang mahukan kelainan dan punya cita rasa tersendiri.

GALERI

genesis-g90-1
genesis-g90-3
genesis-g90-7
genesis-g90-2
genesis-g90-5
genesis-g90-6
genesis-g90-4
genesis-g90-8
genesis-g90-9
genesis-g90-10
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Genesis, Genesis G90, hyundai, reviu, Roda4, sedan mewah, sedan saiz penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my