Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP
Auto Terkini

Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

Abang HirataBy Abang Hirata27/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EROPAH mempunyai pelbagai jenama premium seperti Mercedes-Benz, Jaguar, dan Audi, manakala Jepun ada Lexus, Infiniti dan Acura. Korea Selatan pula apa kurangnya, pun mempunyai wakil dalam segmen itu.

Jenama dimaksudkan itu ialah Genesis. Walaupun masih tidak dikenali secara meluas di peringkat global, tetapi sudah mencipta nama melalui pelbagai anugerah diterima. Menariknya, pembeli di Malaysia boleh memiliki Genesis versi Hyundai (sebelum dijenamakan secara berasingan) pada harga sekitar RM 400,000.

BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

Terbaharu, Genesis G70 diiktiraf sebagai Kereta Paling Selamat 2018 sempena Majlis KNCAP 2018 anjuran Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT). Pemenang dipilih berdasarkan Program Penilaian Kereta Baharu (KNCAP) di bawah pengendalian MOLIT.

G70 menerima skor terbaik iaitu 92.9 poin dalam kategori sedan saiz sederhana dan skor sempurna untuk ujian impak perlanggaran sisi (lihat video atas), perlindungan pejalan kaki dan sistem bantuan pemanduan canggih. Ini kali pertama Genesis dianugerah Kereta Paling Selamat.

Struktur G70 menggunakan teknik lekatan (adhesive) bagi memaksimumkan ketegaran torsi (torsional stiffness) dan kekuatan badan kereta. Badan yang kukuh juga membolehkan suspensi ditala lebih baik untuk kualiti pemanduan dan pengendalian cemerlang.

BACA >>> Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!

Bonet G70 juga direka canggih yang akan terangkat automatik apabila berlaku kemalangan supaya pejalan kaki mendapat perlindungan terbaik. Model ini bukan setakat jaguh kampung kerana pada awal Disember lalu semuan model Genesis iaitu G80 dan G90 diiktiraf kenderaan Top Safety Pick+ daripada Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (IIHS).

GALERI
G70 Genesis G70 Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT) Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (IIHS) Kementerian Tanah Kereta Paling Selamat 2018 Majlis KNCAP 2018 Program Penilaian Kereta Baharu (KNCAP) Top Safety Pick+
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.