• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!

Genesis G70 - Mahu Saingi BMW 3 Series!

September 18, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


GENESIS ialah jenama mewah daripada Hyundai yang ditubuhkan untuk bersaing dengan model-model mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi, Lexus dan lain-lain. Menariknya, ada sepasukan individu hebat di sebalik Genesis yang melayakkan jenama itu berdiri sama tinggi dengan pesaing lain.

Manfred Fitzgerald, iaitu bekas pengarah jenama dan rekabentuk Lamborghini, kini menyandang jawatan Naib Presiden Kanan Genesis. Luc Donckerwolke pula yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Rekabentuk Bentley, Lamborghini dan Audi, menerajui bahagian rekabentuk Genesis sejak awal 2016 dan turut bekerjasama dengan Peter Schreyer selaku Ketua Pereka Hyundai-Kia.

Seorang lagi individu hebat ialah Albert Biermann yang bertanggungjawab membangunkan aspek prestasi. Beliau sebelum ini ialah ketua divisyen prestasi BMW M. Malah, Biermann menjadi buah mulut ramai pemerhati atas pembabitan beliau dalam pembangunan Hyundai 130 N yang membuka mata ramai tentang cita-cita hebat Hyundai.

Segalanya mengagumkan bagi sebuah syarikat yang baru ditubuhkan November 2015.

Genesis G70.03
Genesis G70.02
Genesis G70.05

Genesis menumpukan kepada aspek rekabentuk. Ini dapat dilihat menerusi penampilan model yang sudah berada di pasaran seperti G90, G80 dan G80 Sport. Bagi melengkapkan lagi produk kereta penumpang, Genesis baru-baru ini melancarkan model baharu, G70.

Apa yang menarik tentang G70, sedan itu sebenarnya berkongsi platform sama dengan sebuah lagi model hebat, Kia Stinger. Jadi tidak hairanlah Genesis boleh muncul tiba-tiba dengan model tersebut.

CIRI HYUNDAI G70

Rekabentuk

  • Rekabentuk bertemakan Athletic Elegance.
  • Ada 10 pilihan warna luaran - Platinum Silver, Carbon Metal, Marble White, Titanium Black, Racing Gray, Graceful Gray, Lapis Blue, Royal Blue, Blazing Red dan Umber Brown.
  • Ada 5 pilihan warna dalaman - Obsidian Black, Sandstorm Gray, Velvet Burgundy, Tobacco Brown dan Vanilla Beige. Dua lagi warna eksklusif - Sports Gray dan Sports Red (G70 Sport dan paling mewah, 2.0T)

Enjin

  • Ada 3 pilihan enjin - 3.3 liter V6 petrol turbo, 2.0 liter I4 petrol turbo dan 2.2-liter I4 diesel.
  • Enjin G70 Sport - Lambda II 3.3-liter V6 turbo GDI (364hp).
  • G70 Sport mampu memecut 0-100kmj dalam 4.7 saat, kelajuan maksimum 270kmj.
  • Enjin G70 2.0 turbo - Theta-II 2.0-liter turbo GDI (248hp).
  • Enjin G70 2.2 diesel - R 2.2 VGT berkuasa (199hp).

Dinamik Pemanduan

  • Kawalan Luncur (launch control)
  • Rack-mounted, stereng kuasa pacuan-motor (R-MDPS)
  • Suspensi belakang multi-link
  • Diferensial Gelincir Terhad Mekanikal (M-LSD)

Sistem Keselamatan

  • Bonet enjin terangkat automatik apabila berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki, bagi mengurangkan impak dan kecederaan.
  • Bantuan Mengelak Rempuhan Hadapan (Forward Collision-Avoidance Assist - FCA).
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (Highway Driving Assist - HDA).
  • Amaran Titik Buta (Blind Spot Collision Warning - BCW).
  • Amaran Sedar Pemandu (Driver Awareness Warning - DAW).

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: Mercedes Benz, Roda4 Tagged With: Albert Biermann, Genesis, Genesis G70, hyundai, Manfred Fitzgerald, Peter Schreyer, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my