Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Force Gurkha: SUV Bajet Gaya Mercedes-Benz G Class Bakal Lancar di India
Auto Terkini

Force Gurkha: SUV Bajet Gaya Mercedes-Benz G Class Bakal Lancar di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORCE Motors memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Gurkha versi lima pintu yang menawarkan ruang kabin lebih luas berbanding varian 3-tempat duduk di India. SUV terbaharu itu menawarkan tiga barisan tempat duduk dengan kapasiti tujuh kerusi.

Model itu mengekalkan rekabentuk kotak yang diinspirasikan daripada model Mercedes G-Class dengan jarak roda lebih panjang serta naik taraf ruangan kabin berserta kluster instrumen digital. Berikut ialah perinciannya:

  • Enjin digunakan adalah diesel 2.6 liter 4-silinder diperoleh daripada Mercedes-Benz, menawarkan kuasa 138hp dan tork 320Nm.
  • Kotak gear 5-kelajuan manual serta sistem pacuan empat roda (4WD) dengan locking differential pada gandar depan dan belakang.
  • Dimensinya ialah panjang 4,390mm, lebar 1,865mm dan tinggi 2,095mm.
  • Jarak roda 2,825mm dan radius pusingan 6.3 meter. Jarak bumi 233mm serta mampu meredah kedalaman air setinggi 700mm.
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar semua jenis permukaan.
  • Rekabentuk luaran mirip model 3-pintu dan menggunakan lampu utama LED berbentuk bulat dan bampar plastik tidak dicat.
  • Ada beberapa aksesori seperti snorkel, rak bumbung dan tangga dipasang di belakang kenderaan.
  • Sistem infotainmen 9 inci jenis skrin sesentuh dengan kemudahan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Force Motors mendakwa papan pemuka dibalut material lembut meskipun SUV itu menampakkan desain kenderaan bajet.
  • Aspek keselamatan agak terhad iaitu ada dua beg udara, tali pinggang keledar, Sistem Brek Anti-Kunci dan kamera undur.

SUMBER: CarScoops

autoterkini Force Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.