• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Force Gurkha Xtreme Lancar di India, Guna Enjin Diesel Mercedes-Benz - RM75k Sahaja

Force Gurkha Xtreme Lancar di India, Guna Enjin Diesel Mercedes-Benz - RM75k Sahaja

December 13, 2018 By AI Leave a Comment

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORCE Motors memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Gurkha Xtreme untuk pasaran India yang dikuasakan enjin diesel 2.2L Mercedes-Benz dan ditawarkan untuk model spesifikasi tertinggi pada harga 12.99 lakh (RM75,593).

BACA>>>Mercedes-AMG G 63 - Godfather SUV Yang Penuh Tradisi, Serba Mewah

Selain enjin, Gurkha Xtreme turut menampilkan kotak gear dan kotak pindah (transfer case) baharu. Enjin 4-silinder daripada famili Mercedes-Benz OM611 itu dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan daripada Mercedes-Benz G32.  Ia trenkuasa sama seperti digunakan Force One, yang sudah dihentikan pengeluaran.

Force Gurkha Xtreme-7
Force Gurkha Xtreme-5
Force Gurkha Xtreme-10

Enjin diesel 2.2L mampu menghasilkan kuasa 138hp dan tork maksimum 321Nm dengan nisbah kotak pindah rendah dan kunci diferensial depan dan belakang. Bagaimanapun, tidak disertakan dengan ciri shift-on-the-fly, sebaliknya menggunakan roda tenaga dwi jisim (flywheel dwi jisim)

BACA >>> Foto Suzuki Jimny (2019) Bocor, Masih Kekalkan Imej SUV Kotak

Keselesaan pengendalian Gurkha Xtreme diserahkan kepada suspensi multilink di depan dan belakang yang menyumbang kepada lebar depan 40mm. Jentera lasak ini mampu meredah air dengan kedalaman 550mm bersama jarak kelegaan tanah 205mm. Bahagian dalaman dipasangkan tombol gear dan konsol tengah baharu.

GALERI
Force Gurkha Xtreme-10
Force Gurkha Xtreme-9
Force Gurkha Xtreme-3
Force Gurkha Xtreme-5
Force Gurkha Xtreme-1
Force Gurkha Xtreme-4
Force Gurkha Xtreme-8
Force Gurkha Xtreme-6
Force Gurkha Xtreme-7
Force Gurkha Xtreme-11
365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Force Gurkha Xtreme, Force Motors, India, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Suzuki, Suzuki Jimny

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my