• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG G 63 - Godfather SUV Yang Penuh Tradisi, Serba Mewah

Mercedes-AMG G 63 - Godfather SUV Yang Penuh Tradisi, Serba Mewah

November 17, 2016 By AI 1 Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

mercedes-amg-g-63-bg
SEBELUM kemunculan Mercedes-AMG G 63, generasi pertama G-Class pertama kali memasuki barisan pengeluaran syarikat automobil Jerman itu pada 1979. Asalnya, G-Class ialah produk alternatif Jerman bagi menyaingi model militari popular Amerika Syarikat, Willys Jeep. Malah, model itu turut dijadikan kenderaan militari di 40 negara seluruh dunia.

Sebenarnya, agak lama Mercedes-Benz tidak memperkenalkan model G-Class versi dipertingkat (facelift), tetapi tiada siapa pula dapat mengagak berapa banyak  model G-Class yang sudah mengalami proses penambahbaikan.

Kkini,  Mercedes-Benz mempersembahkan model Godfather kepada semua SUV seantero dunia menerusi Mercedes-AMG G 63 yang dijangka menepati selera ramai golongan hartawan.  Turut sama menyertai pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ialah model GLC Coupe dan GLS.

PANDANGAN PERTAMA MEMPESONA

Secara praktikal, model Mercedes-AMG G 63 masih  kekal tidak berubah sejak model pertama dikeluarkan 37 tahun lalu. Anda mungkin boleh menggantikan beberapa panel luaran daripada model asli G-Class 1979 kepada model 2016 atau sebaliknya. DNA rekaan klasik berkotak masih dikekalkan, di mana bahagian depan diserlahkan dengan gril radiator AMG bersama kemasan krom.

Bahagian bampar dipadankan dengan corong ambilan udara besar. Lambang V8 BITURBO tertera pada fender depan dan Mercedes-AMG G 63  di pintu belakang.

KEMEWAHAN SERBA PREMIUM

mercedes-amg-g-63-28
Bahagian kabin Mercedes-AMG G 63 direka khusus untuk membelai penumpang di dalamnya menerusi material serba mewah dan premium. Segalanya jauh berbeza berbanding versi 1979 yang direka untuk tugasan berat dan lasak. Lebih istimewa, pelanggan juga boleh memilih material dan pilihan warna yang diinginkan.

PRESTASI MEMBERANGSANGKAN

mercedes-amg-g-63
Kehadiran Mercedes-AMG G 63 lebih menumpukan kepada pembangunan enjin, di mana SUV kegemaran ramai selebriti Barat dan jutawan Arab itu didatangkan dengan pelbagai teknologi moden terkini. Di Malaysia, Mercedes-AMG G 63 ditawarkan dalam pilihan enjin 5.5L V8 biturbo dengan kuasa  kuda 571hp dan tork 760Nm.

Tugas hantaran kuasa enjin kepada roda disempurnakan kotak gear 7-kelajuan AMG SPEEDSHIFT 7G-TRONIC. Pecutan sifar hingga 100kmj mampu dicapai sepantas 5.4 saat dengan kelajuan maksimum 210kmj (dihadkan secara elektronik).  Penggunaan bahan api berlegar sekitar 13.8L setiap 100km. Selain mematuhi piawaian Euro6, Mercedes-AMG G 63 juga 16 peratus lebih berkuasa dan menjimatkan.

Penting untuk diketahui, enjin V8 Mercedes-AMG G 63 sudah diubah suai bagi mendapatkan kuasa kuda dan tork lebih tinggi dengan respon pemanduan lancar dan spontan.

SABAR MENUNGGU TEMPAHAN

Jika anda termasuk dalam golongan ‘ada-ada’, setiap tempahan Mercedes-AMG G 63 mengambil masa hingga enam bulan sebelum dapat dimiliki. Semua model yang dibawa masuk nanti ialah versi petrol, tetapi jika ada pembeli mahukan versi diesel, sudah tentu ia dapat diuruskan. Mercedes-AMG G 63 boleh dimiliki pada harga kira-kira RM1.18 juta seunit.

 GALERI

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: G Class, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mercedes-AMG G 63, Mercedes-benz, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my