• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Suzuki Jimny (2019) Bocor, Masih Kekalkan Imej SUV Kotak

Foto Suzuki Jimny (2019) Bocor, Masih Kekalkan Imej SUV Kotak

August 24, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


TIDAK lama selepas beberapa laman web antarabangsa menyiarkan foto intipan Suzuki Jimny (2019) sedang dipandu uji, kini muncul pula imej kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dalam versi lebih jelas.

Jimny (2019) masih lagi tidak mahu mengorbankan rekabentuk ikonik yang sudah sinonim dengan SUV tersebut. Ini secara tidak langsung mengekalkan profil kompak yang dapat dilihat pada bahagian bonet dan gril, serta sepasang lampu utama ringkas berbentuk bulat, termasuk lampu kabus.

* Foto atas: Suzuki Jimny (2015)

Ruang dalaman Jimny juga mengekalkan rekaan yang sangat 'kotak', tidak ubah seperti model-model kereta lama dengan mengetengah beberapa perubahan kecil seperti paparan infotainment skrin sentuh besar dan roda stereng direka semula.

Jimny (2019) dikatakan dibangunkan atas frem tangga (ladder frame) dan pacuan semua roda (AWD) AllGrip. Bagaimana jenis enjin digunakan masih kekal misteri, tetapi Suzuki dijangka menggunakan enjin 1.0L berkuasa 110hp yang dipasang pada model Baleno.

Debut Jimny (2019) dijangka dibuat menjelang Pameran Motor Tokyo 2017 nanti.

SUMBER: Car Scoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: foto intipan, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), leaked photo, Roda4, SUV, Suzuki, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my