Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta
Auto Terkini

Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta

Azizi HBy Azizi H04/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEREKA fesyen dari Switzerland diarahkan membayar saman bernilai AS$352,000 (RM1.5 juta) kepada Ferrari kerana mengiklankan kasut rekaannya bersama kereta jenama itu.

Tahun lalu, pasukan peguam Ferrari menghantar notis kepada Philipp Plein untuk meminta dia menarik balik foto dimuat naik dalam Instagram yang memaparkan kasutnya atas bonet Ferrari. Notis itu turut mengingatkan tindakan undang-undang akan diambil jika dia enggan memadam foto tersebut dalam masa 48 jam.

Menurut Ferrari, tanda dagang dan kereta dalam gambar yang dikaitkan dengan gaya hidup Plein itu adalah tidak sesuai dengan persepsi jenama tersebut. Ia dikatakan memaparkan mesej seksual dengan menjadikan kereta Ferrarri sebagai prop dalam cara kurang menyenangkan dan jelas  mencemarkan reputasi jenama.

BACA >>> #RetroAuto: Glenn Curtiss – Si Pereka yang Tetapkan Penanda Aras Kelajuan Motosikal

KENA BAYAR RM1.5 JUTA

Namun, disebabkan kedegilan Plein memadamkan gambar itu, mahkamah di Milan memutuskan dia mesti membayar pampasan kepada Ferrari bernilai AS$352,000 (RM1.5 juta), termasuk bayaran semula fi guaman hingga lebih AS$29,000 (RM120,000).

Plein juga diarahkan membuang gambar atau video daripada laman media sosial yang menunjukkan apa saja model Ferrari. Jika masih enggan, denda AS$11,700 (RM48,630) menanti bagi setiap gambar atau video disiarkan.

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

Reaksi kepada keputusan mahkamah, Plein bertindak memuat naik gambar bersama 812 Superfast hijau miliknya sambil menyatakan yang beliau akan membuat rayuan.

Ini tidak bermakna kemenangan akhir Ferrari!!!! PENTING: Keputusan ini bukan keputusan akhir!! Keputusan ini dirayu aku dan peguam aku! Perbicaraan seterusnya akan berlangsung 2021 pada musim bunga!”

Menurutnya, dia hanya akan menerima keputusan mahkamah jika Ferrari bersetuju mendermakan wang tersebut. Dia juga sukakan kereta dan masih menyukai Ferrari yang mana sudah jutaan dolar dibelanjakan untuk memiliki lima unit Ferrari baharu sejak beberapa tahun lalu.

“Aku beli 5 jentera Ferrari baharu tahun lalu. Tiga untuk diri sendiri, satu untuk ibu dan baru-baru ini satu lagi untuk ayah.”

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa – Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

SUMBER: AutoJosh.com

Auto Terkini autotainment Ferrari Ferrari 812 Superfast Pereka Fesyen Pereka Swiss Kena Saman dengan Ferrari Philipp Plein
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.