• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta

Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta

November 4, 2020 By Azizi H Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEREKA fesyen dari Switzerland diarahkan membayar saman bernilai AS$352,000 (RM1.5 juta) kepada Ferrari kerana mengiklankan kasut rekaannya bersama kereta jenama itu.

Tahun lalu, pasukan peguam Ferrari menghantar notis kepada Philipp Plein untuk meminta dia menarik balik foto dimuat naik dalam Instagram yang memaparkan kasutnya atas bonet Ferrari. Notis itu turut mengingatkan tindakan undang-undang akan diambil jika dia enggan memadam foto tersebut dalam masa 48 jam.

Menurut Ferrari, tanda dagang dan kereta dalam gambar yang dikaitkan dengan gaya hidup Plein itu adalah tidak sesuai dengan persepsi jenama tersebut. Ia dikatakan memaparkan mesej seksual dengan menjadikan kereta Ferrarri sebagai prop dalam cara kurang menyenangkan dan jelas  mencemarkan reputasi jenama.

BACA >>> #RetroAuto: Glenn Curtiss - Si Pereka yang Tetapkan Penanda Aras Kelajuan Motosikal

KENA BAYAR RM1.5 JUTA

Namun, disebabkan kedegilan Plein memadamkan gambar itu, mahkamah di Milan memutuskan dia mesti membayar pampasan kepada Ferrari bernilai AS$352,000 (RM1.5 juta), termasuk bayaran semula fi guaman hingga lebih AS$29,000 (RM120,000).

Plein juga diarahkan membuang gambar atau video daripada laman media sosial yang menunjukkan apa saja model Ferrari. Jika masih enggan, denda AS$11,700 (RM48,630) menanti bagi setiap gambar atau video disiarkan.

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

Reaksi kepada keputusan mahkamah, Plein bertindak memuat naik gambar bersama 812 Superfast hijau miliknya sambil menyatakan yang beliau akan membuat rayuan.

Ini tidak bermakna kemenangan akhir Ferrari!!!! PENTING: Keputusan ini bukan keputusan akhir!! Keputusan ini dirayu aku dan peguam aku! Perbicaraan seterusnya akan berlangsung 2021 pada musim bunga!"

Menurutnya, dia hanya akan menerima keputusan mahkamah jika Ferrari bersetuju mendermakan wang tersebut. Dia juga sukakan kereta dan masih menyukai Ferrari yang mana sudah jutaan dolar dibelanjakan untuk memiliki lima unit Ferrari baharu sejak beberapa tahun lalu.

"Aku beli 5 jentera Ferrari baharu tahun lalu. Tiga untuk diri sendiri, satu untuk ibu dan baru-baru ini satu lagi untuk ayah."

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa - Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-3
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-1
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-2
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-4
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-5
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-6
pereka-philipp-plein-kena-saman-ferrari-7

SUMBER: AutoJosh.com

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, autotainment, Ferrari, Ferrari 812 Superfast, Pereka Fesyen, Pereka Swiss Kena Saman dengan Ferrari, Philipp Plein

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my