• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa – Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

#RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa - Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

November 30, 2018 By ZY Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER ialah motosikal terbaik untuk penunggang urban, dan tiada jenama skuter yang cukup ikonik selain Vespa. Sudah lebih 70 tahun sejak diperkenalkan Piaggio & Co di Itali pada 1946, motosikal itu masih mengekalkan gaya asal dengan sedikit saja perubahan dibuat, bersesuaian perkembangan teknologi semasa.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menunggang uji sendiri model terbaru, Primavera 150 (2018). Impresi awal cukup baik walaupun penulis seorang penggemar dan penunggang sportbike. Memandangkan ramai kalangan pengikut ArenaPermotoran dan PanduLaju masih asing dengan jenama ini, sebagai mukadimah untuk laporan penuh akan datang, berikut beberapa fakta menarik dan penting tentang Vespa yang perlu anda tahu.

BACA >>> Skuter Vespa Tertua Sedang Dilelong, Harga Semasa Pun Sudah Lebih RM700k!

1. INSPIRASI DARIPADA SKUTER PERANG

Seperti kebanyakan perusahaan kereta dan motosikal ketika itu, Piaggio & Co asalnya terlibat dalam industri pembuatan pesawat udara Perang Dunia Kedua (WWII).

Selepas perang tamat, bagi meneruskan kelangsungan industri, pengeluar itu beralih kepada pembuatan motosikal untuk pasaran awam. Digelar MP5, rekabentuk prototaip jurutera Piaggio, Renzo Spolti dan Vittorio Casini itu dihasilkan dengan menambah baik motosikal sedia ada sambil menambah sepasang sayap pelindung depan dan pelindung enjin.

BACA >>> #RetroAuto: Kerana Aktres Hollywood, Vespa Itali Cetus Budaya Popular Skuter Dunia

Hasilnya bukan saja bertujuan menghindarkan elemen cuaca dan kotoran daripada terkena enjin, malah menjadikan motosikal lebih bersih dan praktikal.

Piaggio MP5, prototaip awal yang digelar Paperino @ anak itik @ Donald Duck

Bagaimanapun, rekabentuk itu di-reject pemilik Piaggio ketika itu yang kurang berkenan dengan segmen tengah yang tinggi. Lantas jurutera aeronautik, Corradino D'Ascanio dipanggil untuk menambah baik rekabentuk tersebut.

D'Ascanio sebelum itu ditugaskan Lambretta untuk menghasilkan motosikal dengan prinsip rekabentuk sama berasaskan skuter perang tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS), Cushman Model 53 (gambar atas), tetapi terhenti separuh jalan disebabkan ketidaksefahaman dengan Lambretta dari segi metod pembuatan.

2. "SEMBRA UNA VESPA!"

Piaggio MP6, nenek moyang Vespa

"Nampak macam tebuan!" Itulah ungkapan terkenal Enrico Piaggio, pemilik pengeluar motosikal terkenal, Piaggio & Co ketika melihat prototaip Vespa, MP6 (Moto Piaggio no 6) buat kali pertama.

Segmen belakang besar dengan ekor runcing, bahagian tengah ramping, dan sepasang hendal seperti antena, memang tidak sukar membayangkan reaksi Piaggio itu.

D'Ascanio turut terlibat dengan rekabentuk Lambretta sebelum membawa idea beliau kepada Piaggio.

D'Ascanio selaku pereka yang bertanggungjawab terhadap rekabentuk MP6, memang tidak sukakan motosikal dengan alasan "besar, kotor, dan tak boleh diharap". Bahagian depan dan enjin terlindung, dengan transmisi pacuan terus ke roda belakang bermakna penunggang bebas daripada masalah kotoran akibat minyak enjin dan rantai pacu motosikal tradisional.

Selain itu, kedudukan enjin dan transmisi di belakang memberikan ekstra ruang di tengah yang memudahkan skuter itu dinaiki penunggang lelaki atau perempuan (kebetulan fesyen kaum hawa ketika itu ialah stail gaun labuh).

3. BINTANG FILEM DAN IKON FESYEN

Jika anda tertanya, kenapa Vespa begitu popular? Jawapannya, wayang gambar dan fesyen.

Sama macam filem tempatan seperti Gila Gila Remaja, Remp-It, KL Menjerit dan sebagainya yang mempopularkan budaya rempit, populariti dan jualan Vespa mencanak naik selepas muncul dalam filem Roman Holiday yang ditayangkan pada 1952.

Melalui filem itu, yang dibintangi ikon Hollywood, Audrey Hepburn, jualan Vespa meroket tinggi daripada cuma 2,500 unit pada 1947 kepada 100,000 unit pada tahun sama.

BACA >>> #RetroAuto: Kerana Aktres Hollywood, Vespa Itali Cetus Budaya Popular Skuter Dunia

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9hWXTXp4p6o?ecver=2]

Populariti Vespa semakin berkembang dengan kemunculan budaya popular atau pop-cult, Mods di Britain pada awal 1960-an. Budaya yang mementingkan penampilan kemas itu dilihat secocok dengan Vespa kerana ciri jentera dimiliki menawarkan perlindungan daripada elemen cuaca sebagai faktor jualan.

Bagaimanapun, jualan dan populariti  Vespa mula merudum dengan kemunculan motosikal dan skuter lain, terutama Honda Super Cub yang menawarkan reliabiliti dan praktikaliti pada harga lebih murah. Namun, bagi mereka yang mementingkan gaya, tiada motosikal atau skuter lain yang mampu menggantikan Vespa (selain Lambretta, pesaing ketat jenama itu), sekali gus menjadikan skuter tersebut kekal popular dan relevan hingga hari ini. Tidak mustahil juga untuk tahun-tahun mendatang.

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Audrey Hepburn, Corradino D'Ascanio, Cuhsman Model 53, filem motor malaysia, filem rempit, Moped, Piaggio & Co., piaggio MP6, Piaggio Vespa, Renzo Spolti, Roman Holiday, skuter, Vespa Primavera, Vittorio Casini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my