Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Vespa Tertua Dunia Dilelong Hampir RM900k!
Roda2

Skuter Vespa Tertua Dunia Dilelong Hampir RM900k!

Han OthmanBy Han Othman06/09/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASAS pembuatan skuter Vespa adalah sebagai kenderaan mampu milik untuk mengajak rakyat Itali kembali semula ke jalan raya selepas berakhir Perang Dunia Kedua (WWII).

Kini, selepas beberapa dekad berlalu, Vespa yang satu ini bukan lagi termasuk dalam kategori mampu milik. Inilah Piaggio Vespa 98cc Serie 0 (1946) yang disahkan sebagai antara Vespa tertua dunia masih terselamat dan siap sedia dilelong.

Bidaan akhir di Catawiki.com mencecah jumlah AS$182,499 (RM896,4520) yang berakhir pada 28 Mac 2017.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

MODEL PRA PENGELUARAN

Berdasarkan dokumentasi sejarah, skuter ini satu daripada tiga Vespa Serie 0 yang dihasilkan. Dua beradik lain sudah lama hilang ditelan sejarah, manakala dilelong ini sudah pun dibaik pulih sepenuhnya dengan menanggalkan cat asal bagi menunjukkan metod pembinaan awal skuter berkenaan yang membabitkan kerja mengetuk dan mengimpal menggunakan tangan.

Ada kira-kira 60 unit pra-pengeluaran ini dikeluarkan sebelum metod pengeluaran moden secara barisan pemasangan diwujudkan.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa

Enjin 98cc berserta kerusi tunggal dengan transmisi 3-kelajuan nyata masih bernyawa dan mampu bergerak lancar. Malah, jika harganya tidak mahal melampau begitu, skuter legenda ini masih tegap untuk ditunggang balik ke rumah anda. Bukan itu saja, Vespa ini juga masih ada nombor plat asal yang diselamatkan dengan lapisan cat clear-coat.

Rumah lelong itu menganggarkan bidaan mampu mencecah hingga AS$350,000 (RM1.5 juta) menjelang tarikh akhir lelongan. Jika benar dijual mahal begitu, skuter tersebut akan memecahkan rekod replika Lambretta di Britain yang digunakan dalam filem Quadrophenia dan ditandatangani dua anggota utama kumpulan The Who, Roger Daltry dan Pete Townshend.

Skuter sebenar yang digunakan semasa penggambaran filem itu dijual pada harga sekitar AS$58,000 (RM256,679) ketika lelongan kebajikan pada 2013 dan tidak pernah lagi dijual selepas itu.

Namun, jumlah yang dapat dijual ialah AS$182,499 (RM896,4520).

BACA >>> Xiaomi Lancar e-Skuter Paling Murah, Ninebot C30 dengan Harga RM2.1k Sahaja

GALERI

SUMBER: CataWiki

Piaggio Vespa Piaggio Vespa 98cc Serie 0 (1946) roda2 skuter skuter Vespa Vespa
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

05/05/2026
Roda2

Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

04/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

30/04/2026
Roda2

HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

30/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.