Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad
Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

Abang HirataBy Abang Hirata07/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026

BMW Afrika Selatan dan BMW Motorrad Afrika Selatan bekerjasama menghasilkan edisi kembar yang menonjolkan hubungan kekeluargaan antara kedua-dua jenama tersebut.

Buat kali pertama, kerjasama itu menampilkan edisi khas model prestasi tinggi yang dipertingkat dengan karakter M, dan ciri personalisasi yang kuat.

Edisi terhad itu melibatkan model BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR M2 Edition dan BMW S 1000 RR M2 Edition yang dibezakan dengan jumlah ditawarkan 20 unit sahaja.

BMW S 1000 RR M2 Edition, BMW M 1000 RR M2 Edition

BMW S 1000 RR M2 Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition

Superbike terlaris di Afrika Selatan, BMW S 1000 RR (foto atas kiri) kini hadir dengan aksen merah unik untuk membezakannya daripada varian standard.

Semua unit edisi itu menggunakan warna Black Storm Metallic (hitam) dengan trim merah pada fairing depan dan penutup pelana pembonceng.

Ia turut dilengkapi visor angin gelap, pelana dengan lencana M dan rim Design Option dengan aksen merah.

Model lebih ekstrem, BMW M 1000 RR M2 Edition (foto atas kanan) menggunakan warna Black Storm Metallic (hitam) dengan aksen merah pada rim karbon M, tangki bahan api dan fairing depan.

Winglet M pada bahagian depan kini mempunyai lencana RR dengan kemasan merah menyerlah.

Kedua-dua model itu menggunakan sistem ekzos Akrapovič yang secara teknikal sama seperti model asal masing= masing.

BMW M2 Coupé RR Edition

BMW M2 Coupé RR Edition

BMW M2 Coupé RR Edition dibezakan melalui kemasan Black Sapphire Metallic (hitam) dan sistem suspensi M Performance dengan absorber merah yang lebih rendah 20mm.

Model itu menggunakan rim M Performance dengan kemasan Jet Black (hitam) 20 inci di depan dan 21 inci (belakang).

Ciri aerodinamik kereta itu dipertingkat melalui penggunaan spliter depan dan belakang warna hitam dengan trim merah.

BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026

Bahagian belakang kereta dilengkapi dua spoiler, iaitu bahagian bumbung hitam, dan spoiler but jenis flowthrough hitam dengan strip merah sebagai aksen. Selain itu, sistem ekzos Akrapovič tempahan khas dibangunkan untuk edisi tersebut.

Bahagian kabin menampilkan kerusi sport hitam dengan penyokong sisi (bolster) merah dan sulaman kontras merah.

BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026

Rekabentuk itu diilhamkan daripada penanda merah pada posisi jam 12 di stereng, dan dua butang M untuk memilih tetapan kenderaan yang dikonfigurasi secara individu.

Ciri unik lain edisi tersebut adalah pemasangan bumbung suria sebagai ciri standard yang hanya tersedia untuk versi berkenaan.

Trenkuasa

BMW M2 Coupé RR Edition menggunakan enjin 6-silinder sebaris 3.0L berkuasa  353kW (480ps) dengan teknologi M TwinPower Turbo, sama seperti model BMW M2 Coupé semasa.

Ada 10 unit ditawarkan, terdiri daripada lima unit versi transmisi manual 6-kelajuan dan lima unit transmisi M Steptronic 8-kelajuan dengan Drivelogic.

Model itu dijangka tersedia apabila mula dijual pada suku keempat 2026.

BMW S 1000 RR M2 Edition

  • Warna: Black Storm Metallic
  • Ciri Khas: Aksen merah pada fairing dan penutup pelana, visor angin gelap, pelana cetak timbul (embossed) M, rim Design Option
  • Ekzos: Pilihan Akrapovič
  • Harga: 406,950.00 rand (RM96,325)

BMW M 1000 RR M2 Edition

  • Warna: Black Storm Metallic
  • Ciri Khas: Aksen merah pada rim karbon M, tangki bahan api dan fairing, winglet M dengan lencana RR merah
  • Ekzos: Pilihan Akrapovič
  • Harga: 882,100.00 rand (RM208,793)

BMW M2 Coupé RR Edition

  • Trenkuasa: 6-silinder sebaris 3.0L berkuasa 353kW (480ps)
  • Transmisi: Lima unit manual 6-kelajuan, dan lima unit M Steptronic 8-kelajuan
  • Warna: Black Sapphire Metallic
  • Suspensi: M Performance dengan spring merah (rendah 20mm)
  • Rim: M Performance Jet Black 20 inci (depan), 21 inci (belakang)
  • Dalaman: Kerusi sport hitam, bolster merah, sulaman merah, bumbung suria
  • Ekzos: Akrapovič khas
  • Kuantiti: 10 unit eksklusif untuk Afrika Selatan
BMW M2 Coupé RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M2 Coupé RR Edition
BMW M2 Coupé RR Edition
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M2 Coupé RR Edition 2026
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW S 1000 RR M2 Edition
BMW S 1000 RR M2 Edition
BMW S 1000 RR M2 Edition
BMW S 1000 RR M2 Edition
BMW BMW M BMW M 1000 RR BMW M 1000 RR M2 Edition BMW M2 BMW M2 Coupe BMW M2 Coupé RR Edition BMW S 1000 BMW S 1000 RR BMW S 1000 RR M2 Edition
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.