• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

#ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

July 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

806
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA penunggang anggap tidak perlu cerewet pilih tayar motosikal. Pilih saja mana-mana tayar yang sesuai dengan bajet.

Namun jangan ambil mudah kerana ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan sebelum beli tayar yang tepat, lebih-lebih lagi tayar jenis tiubles untuk motosikal automatik seperti skuter.

Sangat penting memilih sebelum beli tayar skuter kerana ada banyak jenama yang nampak bagus, tetapi kualiti pula tidak seberapa. Dalam artikel ini kami kongsikan 7 tip memilih tayar tiubles untuk skuter.

BACA >>> #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

1. KENAL PASTI JENIS TAYAR

Tayar Basah
Tayar Kering
Tayar Basah-Kering

Langkah pertama yang perlu dibuat, kenal dulu tayar tiubles yang sesuai dengan keperluan. Ada banyak jenis tayar tiubles di pasaran seperti basah, kering, normal hingga campuran basah-kering. Kemudian, pilihlah ikut  kegunaan.

Misalnya, tayar normal atau basah-kering sesuai untuk ditunggang atas jalan tar atau tanah yang sesuai dengan kondisi jalan kampung. Tayar kering pula sesuai untuk jalan bandar. Nampak mudah, tetapi jika tidak diteliti dengan betul, anda boleh tergelincir jika menunggang atas jalan licin.

Jenis tayar basah sesuai untuk permukaan jalan basah. Jenis tayar ini memiliki alur untuk menyingkirkan air dari tayar supaya tidak hilang cengkaman. Biasanya, kod varian tayar ialah dry (kering), wet (basah) atau wet dry (basah-kering).

2. SPESIFIKASI TAYAR

Spesifikasi tayar
tayar-skuter-2

Cara pilih tayar tiubles berkualiti adalah mengenal pasti identiti tayar. Identiti dimaksudkan itu adalah butiran maklumat seperti tahun keluaran, reputasi dan jenama. Tahun dikeluarkan boleh diperiksa pada spesifikasi tayar dengan kod angka. Contoh 0820, bermaksud tayar dihasilkan pada bulan Ogos (8) dan tahun 2020.

Maklumat identiti ini penting supaya pengguna tahu bilakah tayar itu dihasilkan dan boleh buat kiraan mengenai jangka hayat tayar tersebut. Reputasi jenama tayar pula penting kerana setiap jenama menawarkan kualiti berbeza.

3. IKUT KEPERLUAN

tayar skuter
tayar-tiubles-skuter

Cara pilih tayar tiubles yang tahan lama semestinya mengikut keperluan tunggangan dengan mengambil kira jarak, kekerapan penggunaan dan kondisi jalan raya dilalui. Tayar dipilih biasanya lebih kurang sebesar ukuran tapak tangan dewasa. Tayar dengan ukuran ini mampu menggerakkan motosikal dengan lincah.

Tayar yang tepat juga mampu menjimatkan petrol. Sesuaikan pula dengan keperluan supaya tunggangan anda kekal selesa. Anda perlu faham penggunaan tayar setiap penunggang adalah berbeza.

BACA>>>Bos Kawasaki Indonesia: 170kmj Masih Rendah untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

4. SESUAI KAPASITI

Tayar tiubles yang digunakan pada skuter mesti sesuai dengan kapasiti tayar. Ini bertujuan memaksimumkan operasi tayar tanpa membebankan komponen itu. Ini kerana setiap jenama dan jenis tayar tiubles memiliki ketahanan yang berbeza. Misalnya, tayar yang sering dipakai untuk mengangkut beban terlalu berat akan lebih cepat haus dan botak.

5. SAIZ RIM

Jangan lupa sesuaikan jenis dan ukuran mengikut rim motosikal anda. Rim skuter mempunyai ukuran berbeza mengikut segmen. Jika tayar tidak dipilih mengikut kesesuaian rim, memang tayar tidak boleh dipasang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

6. IKUT BAJET, TAPI JANGAN ABAI KUALITI

tayar-skuter
BAJET

Tayar memiliki harga yang cukup variasi. Jika mahu beli tayar, sila bersiap sedia dengan kos tambahan dalam bajet sedia ada. Mungkin ada beberapa komponen roda perlu ditukar atau dibaik pulih. Sila tanya mekanik sejelasnya.

Ingat, kualiti adalah perkara utama yang harus diambil berat. Umumnya, jenis tayar berbeza akan menawarkan kualiti yang juga berbeza. Namun, ada juga jenis tayar bajet yang menawarkan kualiti baik. Lakukan survei sebaiknya.

7. PERIKSA ANGIN KETIKA BELI

inflating motorcycle tire.flat picture profile for colour grading
isi-angin-tayar-skuter

Periksa kapasiti tekanan angin mengikut rekomendasi tayar. Boleh baca pada deskripsi yang tertera pada produk. Jika tiada, tanyalah penjual.

Tekanan angin adalah penyumbang besar kepada prestasi tayar motosikal anda. Jika tekanan angin kurang, maka prestasi tayar pun terjejas, sekali gus memendekkan jangka hayat. Jadi, sangat penting mengisi tekanan angin tayar yang betul supaya sesuai dengan kondisi jalan.

Ramai penunggang kurang memeriksa tekanan angin sebelum menunggang sedangkan itu adalah tabiat yang baik untuk keselamatan.

BACA >>> Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

806
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, ganti tayar pancit, Kod Tayar Motosikal, roda2, Tayar, Tayar Skuter, tekanan tayar, Tip Pilih Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my