Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
Autotainment

Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

ZYBy ZY22/08/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA perkara yang masih menjadi misteri di kalangan pemilik dan penunggang motosikal adalah apakah maksud di sebalik kod dan simbol yang tertera pada tayar?

Ramai sedia maklum tentang maklumat saiz tayar yang boleh dilihat menerusi kombinasi 4 atau 5 nombor seperti 80/90, 90/80, atau 120/70. Tetapi tahukah anda, selain saiz, terdapat kira-kira 20 tanda yang anda boleh ketahui dengan mentafsir kod dan simbol rahsia tayar motosikal?

Tidak perlu garu kepala lagi, kami ada jawapannya melalui infografik di bawah ini yang disediakan pengeluar tayar motosikal terkenal, Metzeler.


* Baca bersama gambarajah di atas ini sebagai rujukan

1. Jenama Tayar [MERTZELER] – Biasanya diimprin dalam fon bersaiz besar yang menonjolkan nama pengeluar.

2. Kod Stail / Variasi Tayar [ME880] – Bagi membezakan model-model keluaran.

3. Nama Tayar [MARATHON] – Sama fungsi seperti kod stail / variasi tayar, dan biasanya diletakkan sebelah menyebelah.

4. Lebar Tayar [120mm] – Dinyatakan dalam milimeter (mm) dan diukur secara serenjang dari sisi kiri ke kanan tayar.

5. Tinggi Tayar [70] – Dinyatakan dalam nisbah peratus kepada lebar tayar. Seperti contoh gambar di atas, 70 bermaksud 70 peratus daripada lebar tayar 120mm = 84mm.

6. Penunjuk Binaan Frem Tayar [*R] – Boleh didapati sama ada kosong, B atau R. Jika 0 atau B bermaksud frem ‘Bias Ply’, manakala R pula frem ‘Radial’. Tayar dengan frem Bias Ply terbina daripada struktur fleksibel yang sesuai untuk kegunaan praktikal, seperti membawa beban berat. Sebaliknya, tayar dengan frem Radial sesuai untuk tunggangan prestasi tinggi kerana struktur yang lebih tegar, dan dapat membebaskan haba lebih cepat.

Bias Ply vs Radial
Frem Bias Ply
Frem Radial

7. Diameter rim [19] – Saiz rim yang sesuai dipadankan dengan tayar. Dinyatakan dalam ukuran inci – 19″

8. Label M/C – Info untuk memaklumkan bahawa tayar tersebut dihasilkan untuk kegunaan motosikal, bukan lori, kereta atau pesawat pejuang. 😛

9. Indeks Beban dan Kelajuan [60W] – Menunjukkan kesesuaian tayar untuk menampung beban dan kelajuan yang tidak melebihi nilai tertentu. Sesetengah pengeluar menggunakan rating Z yang diletakkan sebelum saiz rim. Itu menandakan tayar itu adalah jenis yang sesuai untuk kegunaan sportbike dengan had kelajuan lebih 240kmj. Indeks rating kelajuan kini sudah dikemas kini dengan W dan Y.

Berdasarkan maklumat di atas, tayar tersebut mampu menampung beban (60) hingga 250kg, manakala kelajuan (W) hingga lebih 270kmj.

Indeks Rating Bebanan
Indeks Rating kelajuan

10. Penunjuk Jenis Tayar [TUBELESS] – Sama ada tayar jenis tiub atau tanpa tiub (tubeless).

11. Kadar Isian Angin dan Had Beban [MAX LOAD 520 LBS AT 42 PSI COLD] – Ditentukan semasa keadaan tayar masih sejuk. Tayar tersebut mampu menampung berat maksimum 520 paun (235.8kg), manakala isian angin ialah 42psi.

12. Negara Asal Pengeluar [MADE IN GERMANY].

13. Kod Pengiktirafan DOT – Menandakan pembuatan tayar itu melepasti standard piawaian Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DOT)

14. Arah Pusingan Tayar – Menentukan arah pemasangan tayar seperti yang ditentukan oleh pengeluar.

15. Dot Penunjuk Imbangan Tayar [0] – Menunjukkan bahagian tayar paling ringan yang diuji pengeluar. Kebiasaannya, dot itu diselarikan dengan kedudukan injap tayar, dengan anggapan bahagian injap ialah bahagian paling berat pada rim motosikal.


16. Info Lanjut Binaan Frem Tayar [TREAD: 2 PLIES RAYON + 1 PLY STEEL; SIDEWALL: 2 PLIES RAYON] – Menunjukkan material frem seperti besi dan sebagainya.

17. TWI – Maklumat terletak indikator haus yang biasanya terletak dalam alur bunga tayar.

17(a). Simbol Segitiga – Seperti TWI, menunjukkan posisi penentuk kehausan tayar. Rujuk gambar di bawah.


18. Kod Tarikh Pengeluaran – Dinyatakan dalam 4 digit. 2 digit hadapan ialah minggu, dan 2 digit seterusnya ialah tahun pengeluaran. Kod tersebut penting kerana kebanyakan pengeluar menentapkan jangka hayat tayar dalam 5 tahun sahaja daripada tarikh pengeluaran. Anda boleh gunakan maklumat berkenaan untuk meminta penjual mengurangkan harga tayar, bergantung baki tahun jangka hayat.


BONUS


Indikator Sudut Kemiringan – Sesetengah tayar yang dihasilkan untuk kegunaan sportbike seperti Metzeler Sportec M5 di atas ini, turut disertai penunjuk sudut kemiringan. Indikator ini sesuai buat ‘kaki leper’ atau mereka yang baru belajar teknik mengambil selekoh!


Kod penunjuk tekanan angin tayar? Maaf, anda masih perlu ukur sendiri. 😀
autotainment kod dan simbol tayar motosikal motosikal roda2 tayar motosikal
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

02/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

02/07/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026

3 Comments

  1. Surina on 21/06/2020 12:51

    Good info…

    Reply
  2. Mohd azhar on 28/04/2022 17:51

    Hi..sais tayar (belakang) sy 110/70/17
    Tayar(depan)contoh:70/80/17..
    Bermakna tayar depan lagi tinggi dari belakang lah kan..mohon pencerahan..

    Reply
  3. Anonymous on 11/03/2024 18:24

    110×0.7=77mm
    70×0.8= 56mm
    Jadi angka mana lebih tinggi Azhar?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

By Han Othman28/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.