Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026
Roda2

HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn. Bhd. memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model sport popular Yamaha YZF-R25, sekali gus memperkukuhkan lagi identiti sporty dalam segmen 250cc.

Dua pilihan warna diperkenalkan iaitu Icon Blue yang mengekalkan DNA perlumbaan Yamaha, serta Mint Green yang tampil lebih moden dan berani untuk menarik perhatian penunggang muda.

Harga RM23,098 – Kini Lebih Segar Di Pasaran

Model Yamaha YZF-R25 2026 dengan warna baharu ini sudah boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia bermula 21 April 2026.

Harga cadangan runcit ditetapkan pada RM23,098, tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

Enjin 249cc, Kuasa 26.4 kW

Dari segi prestasi, YZF-R25 masih mengekalkan enjin dua silinder selari DOHC berkapasiti 249cc yang menghasilkan 26.4 kW (≈35.4 hp) pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm.

Karakter enjin ini cukup sinonim dengan respons tinggi di RPM atas, menjadikannya sesuai untuk tunggangan sporty selain masih praktikal untuk kegunaan harian.

Pengalaman Tunggangan Positif

Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, model ini turut dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch (A&S) untuk penukaran gear lebih lancar serta mengurangkan kesan engine braking. Ciri keselamatan pula disokong oleh sistem brek Anti-lock Braking System (ABS), manakala pencahayaan LED penuh memberikan keterlihatan lebih baik serta penampilan moden.

Dari sudut ergonomik, rekaan tempat duduk dan panel sisi yang lebih tirus memudahkan kaki mencecah tanah, menjadikannya lebih mesra penunggang pelbagai ketinggian. Selain itu, sokongan aplikasi Y-Connect membolehkan sambungan pintar antara motosikal dan telefon pintar untuk pemantauan tunggangan.

Pilihan Sport 250cc Yang Masih Relevan

Dengan gabungan prestasi, teknologi dan gaya yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan, Yamaha YZF-R25 terus kekal sebagai antara pilihan utama dalam segmen sportbike ringan di Malaysia.

Kemas kini warna ini mungkin nampak ringkas, tetapi cukup untuk memastikan model ini kekal segar dan relevan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pengedar Yamaha R25 Icon Blue R25 Mint Green Warna baru R25 YZF-R25 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.