Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia
Roda2

Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal, Triumph mengemaskini model kelas pertengahannya, Trident 660 untuk pasaran Malaysia bagi tahun 2026, dengan harga rasmi RM47,900 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Cosmic Yellow dan Stone Grey sebagai pilihan premium, manakala Snowdonia White menjadi warna standard.

Kini Dengan Cruise Control, Quickshifter, Cornering ABS

Antara penambahbaikan utama ialah penambahan ciri elektronik moden termasuk cornering ABS, quickshifter dua hala serta cruise control, sesuatu yang sebelum ini jarang ditawarkan dalam segmen ini.

Selain itu, Triumph turut memperkemaskan rekaan badan bagi memberikan penampilan lebih segar tanpa mengubah DNA naked sport yang sinonim dengan Trident.

Suspensi Showa Baharu, Lebih Lincah

Perubahan paling ketara datang daripada bahagian casis, dengan penggunaan fork hadapan 41 mm jenis upside-down yang kini dinaik taraf menggunakan teknologi Showa SFF-BF (Separate Function Big Piston).

Hasilnya, pengendalian menjadi lebih lincah dengan keseimbangan lebih baik antara keselesaan dan kawalan, sama ada di jalan bandar atau selekoh agresif.

Mod ‘Sport’ Ditambah

Dari segi elektronik, Trident 660 kini dilengkapi tiga mod tunggangan iaitu Road, Rain dan tambahan baharu Sport.

Mod Sport memberikan respon pendikit lebih agresif, sesuai untuk penunggang yang mahukan karakter lebih tajam ketika tunggangan.

Enjin 3-Silinder 80 hp

Tiada perubahan pada bahagian enjin, dengan Trident 660 masih menggunakan enjin tiga silinder sebaris berkapasiti 660cc. Ia menghasilkan 80 hp pada 10,250 rpm dan 64 Nm tork pada 6,250 rpm, dengan karakter tork yang tersedia hampir 90% dari 3,600 rpm hingga 9,750 rpm.

Dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama assist & slipper clutch, model ini menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kemudahan tunggangan harian.

Brek Nissin, Berat 190 kg

Sistem brek menggunakan angkup Nissin dua piston dengan cakera berkembar 310 mm di hadapan, manakala belakang menggunakan cakera tunggal 255 mm dengan angkup satu piston. Berat keseluruhan ialah 190 kg, dengan tangki bahan api 14 liter dan ketinggian tempat duduk 805 mm.

Naked Middleweight Yang Semakin Matang

Dengan penambahan teknologi, suspensi lebih baik dan ciri premium seperti cruise control, Triumph Trident 660 2026 kini tampil sebagai antara pakej paling lengkap dalam segmen naked middleweight di Malaysia.

Untuk penunggang yang mahukan gabungan gaya, prestasi dan teknologi dalam satu pakej seimbang, Trident 660 terus kekal sebagai antara pilihan paling relevan dalam kelasnya.

Cornering ABS Cruise Control model kelas pertengahannya quickshifter+ Suspensi Showa Triumph Trident 660 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.