Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dovizioso Tolak Tawaran Awal Lanjut Kontrak dengan Ducati
Auto Terkini

Dovizioso Tolak Tawaran Awal Lanjut Kontrak dengan Ducati

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDREA Dovizioso yang kini sedang mengungguli carta Kejuaraan MotoGP 2018 dilaporkan menolak tawaran awal Ducati untuk melanjutkan kontrak.

Dovizioso, yang sudah bersama Ducati sejak 2013, dan meraih tempat kedua di belakang Marc Marquez pada tahun lalu, dikatakan masih mempunyai baki kontrak hingga penghujung 2018. Pelumba Itali itu dikatakan sedang berunding dengan firma Borgo Panigale berhubung kontrak lanjutan.

Pengurus Ducati Team, Davide Tardozzi awal bulan ini memaklumkan keyakinan Ducati bahawa pasukan itu akan mengikat perjanjian baharu dengan Dovizioso. Tetapi, terkejut kerana Dovioso memutuskan untuk tidak menerima kontrak berkenaan.

Ejen Simone Battistella menjelaskan, status Dovizioso masih jauh dan pihaknya sudah bertemu Ducati dan akhirnya memutuskan untuk terus bekerja seperti biasa supaya pelumba itu rasa selesa dan tidak tertekan.

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

Dovizioso meletakkan dirinya sebagai pelumba penanda aras bagi pasukan Ducati dengan memenangi 7 daripada 16 perlumbaan. Dia kini sedang mengungguli ranking semasa dengan kelebihan satu mata mengatasi pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez.


Battistella menambah, Dovizioso tidak meminta sesuatu yang luar biasa dan mustahil, tetapi hanya apa yang layak dia terima berdasarkan pencapaian baik sepanjang tempoh berlumba dengan Ducati.

“Tetapi pada masa ini, aku dan Dovi masih jauh daripada mencapai persetujuan bersama Ducati,” katanya.

Ketika tawaran awal ditolak, pada masa sama Dovizioso turut ditawarkan tempat untuk beraksi bersama Honda dan Suzuki. Ada pula khabar angin,  pelumba 32 tahun itu kemungkinan bersetuju dengan terma baru Ducati.

Perjanjian Dovizioso difahamkan bernilai di bawah AS$2 juta (RM7.88 juta), berbanding nilai kontrak AS$12 juta (RM47.25 juta) diterima rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo yang kini sedang bergelut dengan prestasi bersama Ducati, ditinggalkan jauh di belakang berbanding kekanda Rossi. Mungkin Dovizioso mahu Ducati naikkan gaji supaya dia tidak perlu cemburu dan iri hati dengan Lorenzo.

BACA >>> Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?

Lorenzo masih bergelut dengan jentera Demosedici musim ini. Lebih menarik, ada pula khabar angin menyatakan Suzuki sedang hasrat mahu mengikat perjanjian dengan Lorenzo untuk musim depan. Ini bermaksud, tindakan Ducati Team untuk membiarkan Dovizioso pergi mencari haluan sendiri adalah keputusan kurang bijak.

SUMBER: RideApart

Andrea Dovizioso Davide Tardozzi Ducati Marc Marquez MotoGP roda2 Simone Battistella sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026

    1 Comment

    1. Wak on 03/05/2018 18:58

      Bayar mcm kancil 660 takkan nak laju mcm ferrari kot.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.