Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?
Auto Terkini

Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABAR angin mula tersebar tentang juara MotoGP 5 kali, Jorge Lorenzo mungkin mempertimbangkan masa depannya bersama Suzuki selepas sekali lagi mengalami kesukaran dengan jentera Ducati yang ditunggangnya dalam kejuaraan GP Argentina, minggu lalu.

Lorenzo, 30, khabarnya sedang bergelut menyesuaikan diri dengan Desmosedici, di mana kelemahan utama jentera Ducati itu (di belokan selekoh tengah) ialah kekuatan gaya tunggangan Lorenzo ketika bersama Yamaha dulu. Berikutan kemerosotan prestasi bekas juara dunia itu, timbul desas-desus mengaitkan perpindahan pelumba Sepanyol itu ke kem pasukan Suzuki, musim depan.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Kenapa Miller Bermula Seorang Diri di Grid Depan?

Bagaimanapun, di sebalik khabar angin dan perlumbaan sukar Ahad lalu, Lorenzo dengan pantas menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dia masih ada urusan yang belum selesai dengan pengeluar Itali itu.

“Sekali lagi hujung minggu yang malang buat kami, kerana kami bagus dalam (trek) basah dan ada peluang baik dalam (trek) kering, tetapi kelembapan ialah kondisi buruk bagi aku. Kita semua tahu yang aku bergelut mencari had dalam kondisi ini dan mendapatkan rasa selesa dengan (tayar) slik dalam kondisi bercampur.

“Aku masih kekal fokus supaya gandingan antara Ducati dan Lorenzo bakal menjadi, dan aku percaya ia boleh berhasil. Cuma itu  matlamat aku dan satu-satunya fokus aku, dan pengurus aku pula akan buat hal lain apabila tiba masa,” kata Lorenzo.

Seandainya benar Lorenzo berpindah pasukan, kekosongan ditinggalkan dalam pasukan factory  Itali itu pastinya tidak mudah diserahkan begitu saja kepada Danilo Petrucci. Perjanjian sedia ada dikatakan membolehkan Lorenzo atau Dovizioso menguarkan lebih awal tentang pasukan baharu yang akan disertai mereka (jika berminat) supaya Ducati sempat mencari pengganti baharu.

SUMBER: MCN

2018 MotoGP Ducati Team Jorge Lorenzo MotoGP MotoGP 2018 roda2 sukan permotoran Suzuki Suzuki Ecstar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.