Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Elektrifikasi»Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’
Elektrifikasi

Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’

Abang HirataBy Abang Hirata14/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Denza Z9GT 2026

RIUH-rendah mengenai isu pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD sebelum ini memberikan isyarat jelas yang Kerajaan mahukan ruang RM100,000 ke bawah untuk EV diberikan kepada jenama nasional, iaitu Proton dan Perodua.

Ruang itu bukan sekadar melindungi jenama tempatan tetapi merangkumi ekosistem di sebaliknya. Ini bermakna, BYD perlu bermain dalam liga sederhana tinggi dan premium.

Logo BYD

Sebelum isu itu meletus, situasi sama turut berlaku pada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), yang mana tiada jenama asing berada dalam liga Perodua Axia atau Proton Saga.

Namun, jenama asing enggan menyerah dan dapat dilihat menerusi jualan Honda City, Toyota Vios atau Nissan Almera (generasi pertama).

Denza D9

Justeru BYD perlu menggiatkan lagi tawaran untuk produk berharga RM100,000 ke atas, termasuk memberi tumpuan mendalam ke atas jenama mewah sendiri, iaitu Denza. Setakat ini hanya satu model dibawa masuk iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV), Denza D9 (foto atas).

Di bawah BYD Group, Denza tidak ketandusan model dan terbaharu baru saja memperkenalkan Denza Z9GT 2026 untuk pasaran Eropah.

Denza Z9GT 2026

Model itu menampilkan gaya badan shooting-brake yang menggabungkan keanggunan dan praktikaliti bawah seliaan Ketua Pereka dari Jerman, Wolfgang Egger.

Denza Z9GT 2026 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa: EV dan Super Hybrid DM (Dual Mode) yang membolehkan pelanggan memilih antara pemanduan sifar emisi atau fleksibiliti jarak jauh.

Kedua-dua varian didatangkan dengan teknologi cas pantas FLASH Charging baharu dan bateri bilah generasi kedua (Blade Battery 2.0) hasil penyelidikan selama enam tahun.

Pengecasan 5 Minit, Jarak Elektrik 203km (Super Hybrid DM)

Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026

Denza Z9GT 2026 dibina berasaskan Platform e3 yang membawakan pelbagai fungsi pertama dunia bagi memastikan kawalan pergerakan lebih pantas dan tepat.

  • Keupayaan FLASH Charging: Sistem ini menyokong kuasa sehingga 1,500ps melalui satu penyambung tunggal. Ia mampu mengecas bateri 10 – 70 peratus sepantas 5 minit dan 10 – 97 peratus sepantas 9 minit
  • Dalam suhu ekstrem -30ºC , pengecasan semula 20 – 97 peratus hanya mengambil masa 12 minit.
  • Varian EV: Menggunakan tiga motor elektrik yang menghasilkan output kuasa keseluruhan 1,156ps dan tork 1,210Nm
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.7 saat, manakala kelajuan maksimum 269kmj
  • Bateri 122.49kWj menawarkan jarak pandu sejauh 599km berdasarkan ujian WLTP
  • Varian pacuan roda belakang (RWD) akan tiba sebelum akhir 2026 dengan jarak pandu sehingga 805km!
  • Varian Super Hybrid DM: Menggabungkan enjin petrol 4-silinder 2.0L Turbo berkuasa 173ps, dan tork 320Nm dengan tiga motor elektrik untuk menghasilkan output kuasa 776ps dan tork 1,035Nm
  • Varin ini mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 3.6 saat dengan jarak pandu elektrik sejauh 203km dan jarak gabungan keseluruhan mencecah 805km
  • Integrasi Sel-Kepada-Badan (Cell-to-Body, CTB): Bateri disepadu dalam struktur kenderaan bagi meningkatkan ketegaran kilasan 32 peratus
  • Teknologi ini menjimatkan ruang tegak kerana lantai ruang penumpang berfungsi sebagai bahagian atas bateri

Kawalan Pergerakan, Crab-Walk

Denza logo

Antara ciri unik Denza Z9GT 2026  adalah penggunaan dwi-motor belok pada roda belakang yang dikawal Pengawal Gerak Kenderaan (VMC) bagi membolehkan setiap roda membelok bebas dari gandar depan.

  • Fungsi Stereng: Roda belakang boleh membelok searah roda depan sehingga sudut 8.5º untuk fungsi crab-walk atau membelok arah bertentangan bagi mengecilkan radius putaran kepada 5.35 meter sahaja. Sistem ini turut membantu kestabilan ketika menukar lorong dan membrek
  • Kestabilan Dinamik: Melalui Toe-in Rotation dan Toe-out Rotation, sistem ini meningkatkan kestabilan ketika membrek dan memudahkan parkir di ruang sempit melalui kawalan diferensial yang membolehkan kereta berpusing pada gandar depan
  • Keselamatan VMC: Sistem ini mempunyai masa penghantaran signal sepantas 10milisaat (ms). Jika tayar pecah pada halaju sehingga 180kmj, sistem akan melaraskan tork pada tayar lain secara automatik untuk mengekalkan kestabilan
  • Parkir Pintar: Kereta boleh mengenal pasti ruang dan masuk secara mengundur sendiri. Proses ini boleh diaktifkan dari kerusi pemandu atau menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai alat kawalan jauh

Rekabentuk Luaran, Ruang Dalaman Premium

Denza Z9GT 2026

Rupa depan unik menampilkan imej sporty dan berkuasa menerusi garis yang mirip pemandangan matahari terbit, serta dilengkapi liang penyejuk udara aktif bagi memaksimum kecekapan aerodinamik.

Sensor radar dan parkir disepadu tersembunyi pada bampar mengikut falsafah less is more. Skirt sisi pula ada fungsi lampu aluan yang memancarkan cahaya ke permukaan jalan.

Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026

Di belakang, spoiler apung memanjangkan garis bumbung, manakala sayap boleh laras bertindak sebagai spoiler bawah.

Kedua-dua bahagian itu berfungsi dengan suspensi udara untuk merendahkan kereta ketika bergerak bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik dan dinamik pemanduan.

Selain itu, rekabentuk lampu belakang Denza Z9GT 2026 mengingatkan kepada rekabentuk model Eropah terdahulu. Itu tidak menghairankan jika mengambil kira latar belakang dan sejarah kerjaya Egger.

Struktur Cell-to-Body menyumbang kepada lantai rata dan ruang kabin taraf limosin dengan kualiti material premium.

Setiap permukaan dalaman dilitupi kemasan mewah, menerusi penggunaan material kulit gred premium sehingga elemen kayu asap cerah (light-smoked) yang disepadu kemas.

Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
  • Ciri Kerusi: Kerusi sport dilengkapi fungsi urutan 10-poin, pengudaraan dan pemanas. Kerusi pemandu mempunyai penyokong sisi aktif pertama dunia yang menggunakan tangki udara daripada suspensi kenderaan
  • Kerusi belakang pula mempunyai perehat kaki tambahan

Denza Z9GT 2026

  • Paparan dan Digital: Unit infotainmen  17.3 inci, sepasang skrin 13.2 inci untuk pemandu dan penumpang depan serta paparan realiti terimbuh HUD-AR 50 inci. Ada juga pilihan skrin pada pintu untuk imej dari cermin sisi digital bagi menghapuskan titik buta
  • Kemudahan Kabin: Dilengkapi peti sejuk dengan capaian suhu -6ºC, bumbung kaca panoramik dengan pengadang cahaya, dan pad pengecas wayarles 50W di depan dan belakang
  • Sistem Bunyi: Menggunakan sistem audio DEVIALET dengan 20 pembesar suara berkuasa 1,150ps berserta teknologi Dolby Atmos.

Denza Z9GT 2026 di Eropah

Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026 akan mula dijual di cawangan Denza di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, dan Britain.

Menariknya, pelanggan akan menikmati pengalaman pemilikan premium, yang mana urusan servis dan penyelenggaraan minor boleh dilakukan di rumah atau premis perniagaan melalui aplikasi khas, termasuk perkhidmatan valet percuma.

Spesifikasi Denza Z9GT DM, EV

  • Enjin petrol DM 4-silinder 2.0L turbo berkuasa 173ps dan tork 320Nm
  • Output kuasa 1,156ps  dan tork 1,210Nm (EV) | 776ps, dan tork 1,035Nm (DM)
  • Kuasa motor elektrik depan 313ps (EV) | 272ps (DM)
  • Tork motor elektrik depan: 410Nm (EV) | 315Nm (DM)
  • Kuasa motor elektrik belakang 422ps x dua unit (EV) | 252ps x dua unit (DM)
  • Tork motor elektrik belakang: 400Nm x dua unit (EV) | 360Nm x dua unit (DM)
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.7 saat (EV) | 3.6 saat (DM)
  • Kelajuan maksimum 269kmj (EV) | 259kmj (DM)
  • Kapasiti bateri 122.49kWj (EV) | 63.82kWj (DM)
  • Jarak pandu WLTP 599km (EV) | 203km (Elektrik DM) / 805 km (Gabungan DM)
  • Dimensi (EV) panjang 5,180mm lebar 1,990mm, dan tinggi 1,490mm
  • Dimensi (DM) panjang 5,195mm lebar 1,990mm, dan tinggi 1,490mm
  • Jarak roda 3,125 mm
  • Kapasiti bonet (frunk) EV 53 liter
  • Kapasiti but 495 – 1,680 liter (EV) | 478 – 1,663 liter (DM)
  • Kapasiti tunda 2,000kg
  • Radius putaran minimum 5.35 meter
  • Suspensi double-wishbone (depan), dan 5-pautan (belakang) dengan suspensi udara dua ruang DiSus-A
  • Brek cakera karbon seramik dua sisi
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
Denza Z9GT 2026
DENZA DENZA Z9GT Denza Z9GT 2026 Roda4 Wolfgang Egger
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
    Roda4

    Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

    03/06/2026
    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!

    03/06/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.