Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata13/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Denza Z9 2027

DENZA memperkenalkan Denza Z 2027, supercar elektrik (EV) pertama jenama premium milik BYD itu di Goodwood Festival of Speed 2026.

Dibangunkan berasaskan e3 Sports Car Platform, model EV itu terlebih dahulu ditayangkan di China, April lalu.

Denza Z9 2027

Ada empat varian Denza Z 2027 ditawarkan, iaitu Coupe, Spider, Racing dan Special Edition, dengan varian terakhir dibangunkan khas untuk percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife, Jerman.

Prestasi Mantap

Denza Z9 2027
Denza Z9 2027

Denza Z 2027 dipacu konfigurasi tiga motor elektrik, terdiri satu motor di depan dan dua motor independan di belakang, serta dipadankan sistem pacuan semua roda (AWD).

  • Output kuasa 1,180kW (1,604ps) dan tork 1,240Nm, dengan motor depan menghasilkan 500kW (680ps), manakala setiap motor belakang menyumbang 340kW (462ps)
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.25 saat (Coupe), 2.3 saat (Spider) dan 1.96 saat (Racing dengan tayar semi slik), manakala Special Edition mampu memecut kurang 1.7 saat
  • Kelajuan maksimum mencecah 300kmj, atau 350kmj untuk Racing dengan pakej tayar pilihan, manakala Special Edition menghasilkan kuasa lebih 2,000ps

Platform Baharu dengan Teknologi Canggih

Denza Z9 2027
Denza Z9 2027

Denza Z 2027 dibangunkan menggunakan e3 Sports Car Platform yang menggabungkan sistem kawalan tork tiga motor, teknologi sel kepada badan Cell-to-Body (CTB), suspensi pintar DiSus-M dan Pengecasa FLASH.

  • Unit pacuan elektrik 15-dalam-1 menggabungkan pelbagai komponen elektronik dalam satu sistem kompak bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan ruang dan membolehkan motor berputar sehingga 30,000rpm
  • Sistem Kawalan Gerak Kenderaan (VMC) melaraskan operasi brek, stereng, suspensi dan agihan kuasa dengan masa respons 10 milisaat (ms)
  • Turut disediakan fungsi Kawalan Letupan Tayar (TBC) untuk membantu mengekalkan kestabilan jika tayar pecah, selain ciri Belokan Kompas (Compass Turn) yang membolehkan kenderaan berpusing menggunakan gandar depan sebagai paksi

Bateri Bilah Generasi Kedua, Pengecasan FLASH

Denza Z9 2027

  • Semua varian menggunakan Bateri Bilah (Blade Battery) 76kWj  Generasi Kedua berasaskan Litium-Besi-Fosfat (LFP) yang dipasang menggunakan teknologi Cell-to-Body (CTB)
  • Teknologi CTB menjimatkan ruang sehingga 20 peratus berbanding rekabentuk konvensional, selain meningkatkan rigiditi torsi badan melebihi 40,000Nm setiap darjah
  • Jarak pemanduan mengikut piawaian WLTP ialah 410km (Coupe), 400km (Spider) dan 380km (Racing)
  • Sistem FLASH Charging menyokong kuasa pengecasan sehingga 1,500kW, membolehkan cas 10 – 70 peratus dalam 5 minit dan 10 – 97 peratus dalam 9 minit, malah 20 – 97 peratus dalam 12 minit pada suhu -30°C

Menurut Denza, teknologi itu menawarkan pengalaman mengecas hampir menyamai tempoh mengisi minyak kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Selain menyokong pengecasan ultra pantas, Blade Battery Generasi Kedua turut melepasi ujian penembusan paku ketika pengecasan tanpa berlaku larian termal (thermal runaway), asap atau kebakaran, selain mengurangkan degradasi kapasiti bateri 2.5 peratus berbanding generasi terdahulu.

Aerodinamik, Casis untuk Litar

Denza Z9 2027
Denza Z9 2027

Rekabentuk Denza Z 2027 bukan sekadar menitik berat penampilan, tetapi setiap elemen dibangunkan bagi meningkatkan prestasi aerodinamik dan penyejukan.

  • Varian Racing menerima spliter  gentian karbon, generator pusaran udara bawah badan, ventilator  udara tambahan dan sayap belakang boleh laras yang menghasilkan sehingga 1,060kg daya tekan pada 350kmj
  • Special Edition menggunakan panel badan gentian karbon sepenuhnya bersama sistem aerodinamik aktif yang menghasilkan lebih 2,000kg daya mendap (downforce) pada 300kmj
  • Suspensi depan jenis double wishbone dan Multilink (belakang) yang dipadankan sistem DiSus-M, manakala Coupe dan Spider menggunakan suspensi udara, sementara Racing menerima spring koil

Kabin Premium, 4-Kerusi

Denza Z9 2027
Denza Z9 2027

Walaupun dibangunkan sebagai supercar, Denza Z 2027 masih menawarkan konfigurasi 4-kerusi, yang menjadikan model EV itu lebih praktikal berbanding kebanyakan pesaing.

  • Kabin dilengkapi kluster instrumen digital 8.88 inci, unit infotainmen 12.8 inci dengan Google Built-in, sistem audio Devialet berserta Dolby Atmos, pengecas telefon wayarles, fungsi kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L) dan pintu tutup lembut  (soft close)
  • Kerusi depan  boleh laras elektrik 8-tetapan, sokongan lumbar, pemanas, ventilasi dan fungsi urutan, manakala Coupe dan Spider turut menerima sokongan sisi aktif ketika mengambil selekoh
  • Ruang simpanan 250 liter untuk Coupe dan Racing boleh dipeluas kepada 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, manakala Spider menawarkan kapasiti 131 – 176 liter

Mod Track, Keselamatan Lengkap

Denza Z9 2027

Denza Z 2027 turut dilengkapi pelbagai teknologi bagi meningkatkan pengalaman pemanduan di litar dan keselamatan harian.

  • Mod Track menyediakan analisis masa pusingan, data daya-G, Kawalan Luncur, mod Drift dan pelbagai tetapan casis yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemanduan
  • Mod Boost pula meningkatkan tork 30 peratus selama 20 saat untuk memberikan pecutan lebih agresif
  • Ciri keselamatan membabitkan Pemantau Keletihan Pemandu (DAW), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA) dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Pintar (ACC), Pemantau Titik Buta (BSM) dan beg udara depan, sisi dan tirai.

Tempahan varian Coupe, Spider dan Racing akan dibuka di pasaran terpilih bermula musim panas tahun ini, dengan penghantaran pertama dijangka sebelum penghujung 2026.

Varian Special Edition akan meneruskan program pembangunan sebelum membuat percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife.

Spesifikasi Ringkas Denza Z 2027

Denza Z9 2027

Kuasa, Prestasi

  • Platform e3 Sports Car Platform dengan pacuan semua roda (AWD)
  • Tiga motor elektrik menghasilkan 1,604ps (1,180kW) dan  tork 1,240Nm
  • Motor depan 680ps (500kW), dan tork 440 lNm
  • Dua motor belakang 462ps (340kW), dan tork 410Nm setiap satu
  • Pecutan 0 – 100kmj Coupe 2.25 saat, Spider 2.3 saat, Racing 1.96 saat (dengan tayar semi slik
  • Pecutan 0 – 200kmj Coupe 6.36 saat, Spider 6.46 saat, Racing 6.0 saat
  • Kelajuan maksimum 300kmj, atau 350kmj (Racing dengan pakej tayar pilihan)

Bateri, Pengecasan

  • Blade Battery Generasi Kedua (LFP) 76kWj
  • Teknologi Sel-Kepada-Badan (CTB)
  • Pengecasan AC 11kW
  • Pengecasan FLASH (DC) sehingga 1,500kW
  • 10 – 70 peratus dalam 5 minit
  • 10 – 97 peratus dalam 9 minit
  • 20 – 97 peratus dalam 12 minit pada suhu -30°C

Jarak Pemanduan (WLTP)

  • Coupe 410km
  • Spider 400km
  • Racing 380km

Dimensi

  • Coupe: Panjang 4,780mm, lebar 1,975mm, dan tinggi 1,330mm
  • Spider: Panjang 4,780mm, lebar 1,975mm, dan tinggi 1,350mm
  • Racing: Panjang 4,870mm, lebar 1,990mm, dan tinggi 1,350mm
  • Jarak roda 2,780mm

Suspensi, Brek

  • Suspensi double-wishbone (depan), dan Multi-Link (belakang)
  • Suspensi udara (Coupe, Spider)
  • Spring koil (coil spring) (Racing)
  • Brek karbon seramik dengan kaliper 6-piston (hadapan) dan kaliper 4-piston (belakang)

Ruang Simpanan

  • Coupe/Racing: 250 liter (sehingga 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat)
  • Spider: 131 – 176 liter

Ciri Utama

Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
  • Kluster instrumen digital 8.88 inci
  • Unit infotainmen 12.8 inci skrin sentuh dengan Google Built-in
  • Sistem audio Devialet dengan Dolby Atmos
  • Kerusi depan elektrik dengan fungsi pemanas, ventilasi dan urutan
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
  • Fungsi kendeaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L), pengecas telefon pintar wayarles dan pintu tutup lembut (soft close)
  • Mod Track, Mod Boost, Kawalan Gerakan Kenderaan (VMC), Kawalan Letupan Tayar (Tyre Burst Control) dan Belokan Kompas (Compass Turn)
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
Denza Z9 2027
DENZA Denza Z Denza Z 2027 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Supercar Denza Supercar Elektrik Supercar EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.